“Hubvngan Kami Makln Serasi, Tak Ada Apa Nak S0rok” Ser0nok Berclnta, Bunga Janji Jaga Batas Dengan Kekaslh

BERKONGSI kemesraan dengan kekasih di media sosial, penyanyi rap Bunga memberitahu dia dan teman lelaki, Amzar sentiasa terbuka menerima teguran pengikut di laman tersebut.

Menurut Bunga atau nama sebenar Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 20, dia mengambil setiap teguran itu sebagai panduan supaya sentiasa beringat dalam menjaga batas pergaulan.

“Hubungan kami semakin serasi, tak ada apa nak sorok! Di media sosial pun kita kongsi mengenai hubungan kami tapi dalam masa sama kita letakkan batas dalam perhubungan.

“Bagi saya kalau ada yang menegur itu lebih baik supaya jadi peringatan dan panduan untuk lebih berhati-hati. Kita sedar tak semua orang suka dengan apa kita buat dan ada juga yang mencari ruang untuk menghentam.

Bunga tahu batas pergaulan dalam hubungan.

“Alhamdulillah buat masa ini peminat menyokong dan mendoakan yang terbaik untuk kami. Mereka juga sentiasa memberikan kata-kata semangat untuk kami terus kuat bekerja dan berjaya dalam karier,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, Amzar yang juga merupakan ahli kumpulan Razqa berkata, dia dan Bunga ada perancangan untuk menamatkan zaman bujang.

Bagaimanapun mereka tidak mahu tergesa-gesa ke arah itu kerana banyak lagi perkara yang perlu dipersiapkan sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

Bunga dan Amzar mahu fokus karier nyanyian sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan.

“Famili dah kenal satu sama lain… cumanya sekarang ini masih ada benda lain yang perlu diselesaikan.

“Sekarang ini kami sedang fokus dengan karier yang semakin berkembang dan Bunga pula sedang sibuk menghabiskan pengajian di universiti.

“Sejujurnya kami ada perancangan dan usaha ke arah itu, tapi tahun bila tak tahu lagi… tengok dulu macam mana, lagi cepat lagi bagus kan?,” ujarnya yang memasang impian untuk berkolaborasi bersama kekasihnya dalam lagu baharu akan datang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.