Jumpa Jarvm Peniti Pada Tilam Asrama, Tanda Tanya Pelajar Lelaki Ini Akhlrnya Terb0ngkar “Aku Ingat Slhlr Atau Santav”

BAGI kaum hawa yang berhijab, mereka pastinya banyak menyimpan koleksi kerongsang dan jarum peniti.

Selain disimpan pada tempat khas seperti span, ada segelintir individu yang mencucuk jarum peniti di tempat duduk kereta, tilam dan sebagainya.

Itulah juga yang berlaku kepada seorang pelajar lelaki apabila dia terjumpa sejumlah jarum di tilam asrama inapannya pada Isnin.

Menurut Muhammad Afiq Syahmi Kyarul Anuar, 18, dia pada mulanya hairan dengan kehadiran jarum misteri itu sehingga membuat perkongsian mengenainya di Twitter.

“Banyak aku jumpa jarum peniti kat katil. Aku ingat sihir atau santau atau apa? Aku baru teringat blok A ni dulu dihuni oleh perempuan,” tulisnya di Twitter.

Bercerita lanjut kepadanya, dia yang mesra disapa Afiq mengakui persoalannya mengenai jarum peniti itu terungkai apabila diberi penjelasan oleh rakannya.

Posting tular Afiq.

“Jarum peniti tu di tilam atas katil saya.  Katil dua tingkat. Saya ingatkan susuk. Lepas tu baru kawan beritahu dulu blok ni didiami pelajar perempuan.

“Saya mula-mula terfikir, kenapa ada jarum? Saya rasa terhibur lepas tahu tu. Saya rasa ramai perempuan lalui perkara sama,” ujarnya.

Menurut penuntut asasi di Universiti Sains Islam (Usim) Nilai, Negeri Sembilan itu, dia juga tidak menyangka posting berkenaan akan tular di Twitter.

Kalau terduduk atas jarum peniti tu, sakit juga. Saya pun terkejut, tak sangka pula akan viral.

MUHAMMAD AFIQ SYAHMI KYARUL ANUAR

PELAJAR

Malah katanya, ia merupakan kali pertama dia menemui jarum peniti di dalam bilik tersebut.

“Saya dah dua semester di sini. Sebelum ni tak pernah jumpa. Saya post sebab rasa benda tu lawak.

“Kalau terduduk atas jarum peniti tu, sakit juga. Saya pun terkejut, tak sangka pula akan viral,” ujarnya lagi.

Afiq (paling depan) bersama rakan sebiliknya di Usim.

Sehingga kini, posting berkenaan menerima lebih 7,700 ulang kicau (Retweet).

Malah, ia turut dihujani dengan pelbagai komen oleh netizen.

The best part is dorang pun tak ingat kat mana dorang letak dan setiap kali nak guna dorang akan beli baru.

“Dah letih sangat nak tidur, lupa buka tudung. Sambil baring-baring tu cabut jarum, cucuk je lah kat tilam tu,” tulis beberapa netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.