“Kau Keluar Sekarang” Pemandu Teksi Halav Penvmpang Dari Wuhan, Tapi Netizen ‘Back Up’ Drlver Sebab

Satu virus yang digeruni oleh rakyat dari seluruh dunia ini sekarang sudah berada di tahap membimbangkan apabila kadar kematian telah meningkat ke 132 akibat Coronavirus di Wuhan buat masa ini.

Lebih mencemaskan lagi, virus itu telah merebak ke negara Malaysia

Boleh dikatakan, China sekarang berada dalam keadaan darurat, kalau boleh masing-masing kena selfish dalam melindungi diri agar tidak terkena jangkitan virus yang ‘sepantas kilat’ macam pemandu teksi ni buat.

Penumpang kena halau dari teksi lepas pemandu dapat tahu dia dari Wuhan

Pada mulanya pemandu teksi dari China ini ada ambil seorang penumpang lelaki ni, dia duduk di bahagian depan. Penumpang yang pakai topeng tu nampak macam tak sihat, sebab selsema dan rasa macam nak demam.

Dapat tahu sebab masuk dalam je terus batuk, dengan keadaan tingkap tertutup pada mulanya pemandu teksi tu ingat demam biasa je, dia pun ajak lah berborak dengan penumpang ketika dalam perjalanan nak ke hospital seperti di minta oleh pemandu tersebut.

Sampailah timbul satu topik pasal Wuhan, terus lelaki tu kena halau lepas dia bagi tahu dia baru balik dari sana dan dia tengh demam. Tengok ni.

Dihalau tapi netizen back up pemandu teksi sebab….

Nampak macam kejam kan? Biarpun ramai netizen yang kesian tengok nasib penumpang tu, mereka anggap tindakan pemandu teksi itu sebenarnya satu tindakan yang tepat.

Rata-rata akan kata mereka mungkin akan melakukan perkara yang sama jika itu terjadi di depan mata.

Ya lah virus bahaya tu kot, cepat je merebak, ada je yang cakap silap-silap pakcik tu pun dah berjangkit sekarang. Mudah-mudahan tak ada apa-apalah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: lobak merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.