‘Agakk Alb Kalau Nk Cerita’ Kreta Mewah ‘Tersadal’, Jiran Ded@h Kisah Disebalik Mistrl Rumah Besar Trbiar

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Rumah besar dan ada kereta mewah terbiar sampai berhabuk telah menjadi tanda tanya orang ramai apabila foto itu mula tular di media sosial.

Perkongsian daripada Geng Travel telah mendatangkan tanda tanya netizen, bagi mereka pasti ada kisah misteri yang tersirat disebalik ‘peninggalan’ kediaman tersebut.

Memandangkan perkongsian telah meraih hampir 4,000 retweets, salah seorang penduduk yang tinggal dengan berhampiran dengan rumah ini tampil menceritakan kisah disebalik kediaman terbiar yang menjadi misteri ini.

Menurut pemuda yang dikenali sebagai @AmadQudin, rumah ini terletak di Ketereh, Kota Bharu Kelantan., dulu rumah ni didiami oleh 5 orang ahli keluarga dan mereka hidup bahagia.

Mereka ini merupakan keluarga yang senang dan bahagia,, ketika rumah ini dibina, memang nampak mewah. Dikatakan si suami ini ada tubuhkan beberapa jenis perniagaan, mereka ini disenangi oleh jiran dan orang kampung.

Antara perniagaan mereka ini macam hardware, jual pasir yang sedut dari sungai, pastu sewa jentera berat macam lori dan jengkaut tu.

2/3 tahun bisnes diorang sangat maju. Masa ni suami & isteri sangat baik. Suka tolong orang kampung dan beri sedekah.

Sikap mulia diaorang sampai rezeki jadi bertambah. Dari lori ada 2/3 sampai la ke puluhan lori sehingga mampu beli BMW dan kereta besar yang dalam gambar tu. Namun peristiwa hitam keluarga ini berlaku pada tahun selanjutnya.

Ayah kepada pemuda ini merupakan orang penting dalam kampung tu. Si suami ada berjumpa dengan ayahnya dan menceritakan masalah yang dihadapi.

Difahamkan, bisnes mereka ini ada campur tangan ketiga.

Sejak dari hari itu bisnes mereka dah mula merundum, hari ke hari memang nampak yang diorang ada masalah dalam bisnes.

Lori dah mula tersadai. Kereta mewah tu pun dah mula ‘rehatkan diri’ dan ia menjadi tanda tanya pada orang kampung. Tetapi, walaupun dugaan menimpa diri mereka ini, mereka masih lagi buat baik dan tetap bersedekah.

Mereka pindah tanpa memberitahu orang kampung dan ia masih kekal misteri apabila mereka cuma bawa diri dan pakaian sahaja.

Katanya lagi, perabot masa ada dalam rumah tu, semuanya yang jenis mewah-mewah dan mahal-mahal.

“Bagi aku. Diorang pindah sebab diorg hadapi masalah kewangan dan masalah dalam bisnes diaorang. Kena bomoh ke apa ke tu biarlah rahsia.”

Tambahnya, rumah tersebut masih selamat untuk didiami, cuma kena buat renovation sahaja. Sebagai jiran, katanya rumah itu selamat dari sebarang unsur-unsur seram walaupun kelihatan seperti itu.

Jadi, tak perlulah nak buat misi-misi cari hantu segala.

Komen warganet

Sebenarnya ni dekat….. hmmmmm.. tak nk lah bgtaw.. hmmmm.. sebenarnya di……. hmmmmm biarlah rahsia..

mungkin pakai something bagi rezeki cepat naik. bila tak dapat fulfil dah, benda lain jadi. berbisnes ni memang, kau mungkin hadap benda ni. kadang org dengki. kedai takde cust dtg, pernah sekali dorg tanya “dh lama ke kedai ni? tak perasan pun. padahal dh lalu bnyak kali”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: lobak merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.