Lelaki Henti Kereta Berdeb@r Selamatkan ‘Haiwan’ Terbarlng Atas Jalan, Rupa-Rupanya Baju Partl C0rak Harimau Bintang Terclcir

SEORANG pengguna jalan raya berdebar-debar apabila memberhentikan keretanya untuk menyelamatkan seekor kucing yang besar di atas jalan, mungkin mengalami kecederaan.

Ketika kejadian, Ben Lilly dalam perjalanan melalui A646 di West Yorkshire, United Kingdom, pada pagi Sabtu lalu.

Bapa dua anak itu berkata, haiwan tersebut mempunyai corak seperti harimau bintang, terbaring di atas jalan.

Keputusannya untuk memberhentikan kenderaan apabila mendengar laporan mengenai beberapa kucing besar sering dilihat berada di kawasan itu, dan diharapkan dapat menyelamatkan haiwan yang cedera.

Perunding teknologi maklumat (IT) itu pada mulanya berasa berat hati untuk mendekati haiwan berkenaan kerana ia kelihatan hidup, dan mungkin mengalami kecederaan di bahagian muka.

Dia bagaimanapun berjaya mendekati haiwan tersebut sebelum menyedari usahanya sia-sia apabila ia sebenarnya merupakan baju parti dengan corak seperti haiwan.

Bagaimanapun, Ben bukan seorang sahaja yang tersilap menyangka ia adalah haiwan, tetapi ramai yang turut mengakui melihatnya lebih sekali sebaik dia memuat naik pengalaman yang memalukan itu di Facebook.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.