Vide0 Drama T0k Jah Dari Zulin Aziz Buat Ramai Tertawa ‘Keras Pervt’

Selebriti serba boleh, Zulin Aziz baru-baru ini memuatnaik video ‘drama’ yang dihasilkannya sendiri di Instagram miliknya. Video drama Tok Jah dari Zulin itu telah mencuri perhatian ramai kerana pelakonnya hanyalah dirinya seorang namun membawakan pelbagai karakter.

Menerusi perkongsian video pertamanya, Zulin memperkenalkan beberapa watak utama iaitu barisan cucu-cucu Tok Jah yang memiliki karakter yang berbeza. Apa yang penting kesemua karakter yang diperkenalkannya itu memakai tudung yang sama dan duduk di dalam kereta.

Berikut adalah video tersebut:

 

View this post on Instagram

 

cucu2 Tok jah. Mana satu yg kome berkenan maghi masok meminang🤣 #cucutokjah

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on


Memang hebat Zulin Aziz ini kan? Siap boleh lakonkan pelbagai karakter. Ini barulah dikatakan bakat.

Video yang telah meraih lebih 115 ribu tontonan sehingga kini ini turut mendapat perhatian rakan selebriti yang terhibur dengannya.

Bagaimanapun susulan video pengenalan watak ini, Zulin Aziz kemudiannya memuatnaik satu lagi video yang dikatakan adalah episod pertama mengenai Tok Jah dan cucu-cucunya itu.

Berikut adalah video drama Tok Jah dari Zulin yang kedua dikongsikan olehnya:

 

View this post on Instagram

 

Tok jah dok pening tu… bukan senang nak jaga cucu perempuan ni hmmmm Eps 1 #cucutokjah

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on


Yang penting, watak Tok Jah itu turut dibintangi olehnya!

Rata-rata netizen dan rakan selebriti terhibur dengan video yang dikongsikan oleh Zulin Aziz ini. Berikut antara reaksi yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Banyak character..semua mulut lain-lain…reaksi dia…waa”

“Awak ni memacam ek”

“Yang jambul terkeluaq tu tak boleh tahan”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Zulin Aziz

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.