Anak Tomok Baca Tulisan Cina Tapi Ditangannya Pula Curl Tumpuan

Raih tontonan lebih 124 ribu, video terbaru yang dikongsikan oleh seorang penyanyi bernama Tomok menjadi perhatian ramai. Dalam rakaman ringkas itu kelihatan anaknya sedang membaca buku dengan tulisan cina.

Video tersebut dikongsikan oleh Tomok malam tadi menerusi laman Instagram miliknya. Kedengaran suara anaknya yang sedang membaca tulisan cina itu dengan lancar sekali.

Namun apa yang membuatkan video yang dikongsikan ini menjadi perhatian ramai adalah gara-gara di tangan Arrian ada seketul ayam goreng yang sedang dipegangnya.

Berikut adalah video anak Tomok baca tulisan cina yang dikongsikannya:

 

View this post on Instagram

 

alhamdulillah ❤️

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on


Tengah sibuk baca buku pun tangan sebelah lagi ayam goreng tak lepas. Video ini turut meraih lebih 19 ribu likes.

Rata-rata netizen dan rakan selebriti turut memuji anak Tomok ini yang sememangnya pandai membaca biarpun dalam bahasa cina.

Dua anak lelaki Tomok

Berikut antara reaksi yang ditinggalkan mereka di ruangan komen perkongsian video anak Tomok baca tulisan cina ini:

“Wow bijaknyaa Arrian. Ayam guring tu tak dapat dipisahkan”

“Alhamdulillah…btw ayam guring tak tinggal tu”

“Ayam guringg tetap kat sebelah tangan. Good job Arrian”

“Pandai Arrian”

Untuk info, Arrian adalah anak pertama kepada penyanyi ini. Anak keduanya bernama Andra dan dia bersama isterinya sedang berdebar menantikan kelahiran anak ketiga.

Tomok bersama isteri dan anak-anaknya

Arrian sejak kecil lagi sememangnya sering mencuri tumpuan ramai dengan gelagatnya yang comel.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Tomok

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.