“C0mfom Pec@h” Syahmi, Asif Dan Yoe Sibvk Sh0oting ‘Filem’ Bersama Ropie Dan Ramai Lagi

Sebelum ini, Youtuber terkenal Syahmi Sazli ada memberitahu bahawa dia dan dua lagi jejaka popular Yoe Parey dan Asif Suhaimi bakal membintangi sebuah filem.

Terbaru, Syahmi Sazli berkongsikan moment ketika shooting filem berkenaan yang sudah bermula pada akhir Januari ini.

Ternyata, moment berkenaan meraih perhatian peminat dan pengikutnya dilaman sosial Instagram yang kini sudah mencecah jutaan, 1.8 juta. Nampaknya, ramai yang tidak sabar menunggu filem ini, manakan tidak bukan hanya tiga jejaka ini saja yang membintangi filem berkenaan malah kelihatan beberapa selebriti terkenal turut ada.

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah, first scene harini. Masih lagi shooting. Pengalaman yg berharga untuk Mi & Asif🙏 #Filem #SyifMalamRaya

A post shared by Syahmi Sazli (@syahmisazli) on


“Alhamdulillah, first scene harini. Masih lagi shooting. Pengalaman yg berharga untuk Mi & Asif…” ujar Syahmi Sazli yang turut meluahkan rasa syukur dengan pengalaman shooting filem.

Menerusi sekeping foto daripada Syahmi Sazli ini, kelihatan pelakon Emelda Rosmila, Ropie dan ahli kumpulan Zero, Syaiful.

Bagaimanapun, menerusi tinjauan kami pula Yoe Parey yang tidak kelihatan dalam foto berkenaan sebenarnya mempunyai scene dengan ahli kumpulan Zero yang lain. Ini antara perkongsian daripada selebriti-selebriti terkenal menerusi laman Instagram.


Dalam pada itu, Syaiful Zero juga memuat naik satu video yang kelihatan dia bersama-sama Asif dan Syahmi Sazli sedang shooting.

 

View this post on Instagram

 

assalammualaikum alhamdulilah comingg soon flim #syifmalamraya #pantangmundurkecualioperasi #melaticomelsgt

A post shared by Official_Syaiful (@syaiful_zero) on


Menerusi ruangan komen melalui posting Syahmi Sazli bagaimanapun mendapat pelbagai maklum balas positif ramai yang sudah merasakan gegaran hebat daripada dia dan Asif serta Yoe dalam filem berkenaan selain bersama selebriti yang bukan calang-calang.

“Comform pecah punya cerita niy… aku jamin 100%”

“Mantap, tak sabar nak tengok”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Syahmi SazliSyaiful Zero

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.