Aiman Tino Tidak Letak Sas@ran Untuk Berkahwln “Tidak Tahu Bila J0doh Akan Tiba”

MENCECAH umur 22 tahun, penyanyi Aiman Tino memberitahu dia tidak meletakkan sasaran untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Penyanyi lagu Rela Dibenci ini berkata, perkara berkaitan perkahwinan memerlukan perancangan yang serius.

“Buat masa kini memang saya tak ada perancangan atau sasaran bila nak kahwin. Lagipun, saya sendiri tak tahu bila jodoh saya akan tiba.

Aiman rapat dengan kakaknya, Fara Hezel yang baru berkahwin Disember tahun lalu.

“Soal kahwin perlukan perancangan yang sangat serius. Saya ini jenis tak nak la berkenalan terlalu lama, kalau dah okey, saya terus kahwin sahaja.

“Tapi saya masih ada abang yang belum berkahwin. Jadi, biarlah abang saya itu jalan dahulu,” kata Aiman kepadanya.

Penyanyi lagu Ku Rela Dibenci ini mempunyai 10 adik-beradik terdiri daripada empat lelaki dan enam perempuan.

Saya ini jenis tak nak la berkenalan terlalu lama, kalau dah okey, saya terus kahwin sahaja.

AIMAN TINO

PENYANYI

Salah seorang kakaknya, penyanyi Fara Hezel baru sahaja berkahwin dengan ahli perniagaan Tengku Mohammad Kamal pada 20 Disember tahun lalu.

Dalam pada itu, Aiman memberitahu biarpun dia ada merancang untuk mengubah konsep nyanyian dan pemilihan lagu namun bimbang peminat akan terkejut.

Menurutnya, dia perlu melakukan perubahan itu secara perlahan-lahan supaya peminat dapat menerima dengan baik.

Aiman Tino ada perancangan untuk keluar dari zon selesanya.

“Saya tak nak la terus berubah, nanti saya takut peminat yang terkejut. Daripada jiwang, tiba-tiba saya nak terus menari dan melompat.

“Mungkin selepas ini saya nak ubah lagu dari segi susunan dan melodi yang mengikuti perkembangan terkini tapi masih kekalkan signature Aiman Tino.

“Perubahan itu boleh berlaku tapi kena ambil masa dan buat secara perlahan-lahan. Mula-mula kita beri hint dahulu dan beri peminat nampak Aiman dah lain,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.