Asylk Menangls Dan Ber@t Bad@n Svsut 8KG Seminggu, Muna Shahirah Ded@h Klsah Ditlnggalkan Kekaslh

Penyanyi baru Muna Shahirah akui mengalami gangguan emosi selepas ditinggalkan oleh bekas kekasihnya.

Menurut Muna, kejadian berkenaan berlaku hampir sebulan yang lalu ketika single terbarunya Suratan Luka dilancarkan.

“Disebabkan itu ramai anggap ia adalah gimik, namun sebenarnya tidak.

“Memang apa yang cuba disampaikan pada lagu Suratan Luka berlaku pada saya. Kira macam badi jugalah.

“Mungkin orang ingat gimik sebab Muna sebelum ni tak pernah nak luah apa-apa yang beremosi atau sedih-sedih. Sekali bila emo semua ingat gimik,” katanya.

Jelas Muna atau nama lengkapnya Muna Shahirah Munadi, 25, kejadian berkenaan juga memberi impak besar terhadap aktiviti sehariannya.

“Saya jadi teruk sampai tak lalu makan dan asyik menangis. Kejap-kejap menangis, sebelum show atau selepas show semua saya akan menangis.

“Selain itu berat badan saya juga turun lapan kilogram dalam masa seminggu. Selepas hampir sebulan lebih baru saya ok balik,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.