Gara-Gara Jual Bantal Zikir Sufian Suhaimi Digel@r Penvnggang Ag@ma “Bahagian Mana Zikir, D0a Dan Surah Jadi Menvnggang Ag@ma”

SAMA ada buat perkara baik atau buruk golongan selebriti akan tetap dipandang serong oleh segelintir netizen.

Itulah yang terjadi kepada penyanyi Sufian Suhaimi apabila dia dikecam dan digelar penunggang agama gara-gara menjual bantal zikir.

Bagaimanapun, Sufian, 27, tampil menjelaskan niat dia menjual produk itu hanya untuk menyebarkan sesuatu positif kerana orang ramai.

Sufian menjelaskan niat dia menjual bantal zikir hanya untuk menyebarkan aura positif.

“Saya hanya mahu menyebarkan aura positif kepada ramai orang. Saya tidak faham bahagian mana zikir, doa dan surah itu jadi menunggang agama.

“Bukannya beli zikir pillow boleh sah masuk syurga,” katanya.

Penyanyi lagu Di Matamu ini menjelaskan perkara itu di laman sosial Twitter selepas menerima kritikan netizen mengenai produk keluarannya.

Saya tidak faham bahagian mana zikir, doa dan surah itu jadi menunggang agama.

SUFIAN SUHAIMI

PENYANYI

Rata-rata netizen mempertikaikan tindakan Sufian mengeluarkan produk bantal yang didatangkan dengan beberapa surah lazim, doa dan zikir khas untuk bayi.

Mereka juga menyifatkan tindakannya itu seolah-olah menunggang agama dan hanya ingin mendapat untuk daripada penjualan produk tersebut.

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen yang mempertahankan produk tersebut sesuai dan bagus untuk bayi.

“Orang yang komen negatif sebenarnya tak sukakan dia. Apa dia lakukan tidak seperti menunggang agama. Kalau suka, silakan beli, kalau tak suka kau pakai saja bantal tidur kau itu.

Idea jual bantal zikir timbul selepas kehadiran anak angkatnya, Faeq.

“Jangan putus asa Pian. Jangan kisah apa orang cakap. Mereka cemburu dengan kejayaan Pian,” komen beberapa netizen.

Menerusi laporan mStar pada 2 Januari lalu, Sufian memberitahu idea untuk mengeluarkan produk itu timbul selepas menerima kehadiran anak angkatnya, Faeq Razeeq pada tahun lalu.

Sufian mengambil anak angkatnya itu pada 11 September tahun lalu.