“Kalau Mula Penggambaran Saya Tak Balik Dua Hingga Tiga Bulan” Niezam Zaidi T0lak Tawaran Berlak0n Kerana Mahu Balik Kampung

TIDAK mahu leka dengan kerjaya lakonan, pelakon Niezam Zaidi memberitahu dia menolak banyak tawaran drama semata-mata untuk meluangkan masa bersama keluarga di kampung.

Niezam berkata, dia tidak dapat memberi komitmen penggambaran yang terlalu lama kerana menjaga bapanya yang berusia 65 tahun.

“Saya tak pernah menghilangkan diri dari industri pun… mungkin sekarang ini lebih banyak menghabiskan masa dengan keluarga di kampung.

“Ayah saya kini sudah 65 tahun, kalau saya mula shooting selalunya saya takkan balik dua hingga tiga bulan.

Niezam membawa watak sebagai seorang penagih dadah dan perogol.

“Saya akan terima kalau untuk filem atau telefilem kerana masa yang pendek dan saya boleh balik kampung selalu,” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, bercakap tentang filem terbaharunya M4M4, Niezam mendedahkan, dia terpaksa berdepan kehidupan yang tidak stabil gara-gara watak sebagai seorang perogol.

Kata Niezam, watak Remy iaitu seorang perogol dan penagih dadah membuatkan dia terbawa-bawa pada kehidupan sebenar sehingga  menjadi hilang arah.

“Untuk pegang dan lakonkan watak ini sangat perit. Selepas habis shooting hampir seminggu saya tak keluar rumah.

“Jujur saya cakap, kita selamat hanya disebabkan agama Islam. Kalau tak ada iman, ya Allah, saya sampai terbawa-bawa karakter itu dalam kehidupan.

Jujur saya cakap, kita selamat hanya disebabkan agama Islam. Kalau kita tak ada iman, ya Allah, saya sampai terbawa-bawa karakter itu dalam kehidupan.

NIEZAM ZAIDI

PELAKON

“Saya jadi lost sampai tak tahu apa yang dah jadi dengan diri saya. Watak ini sangat berat untuk saya,” katanya.

Bercerita lanjut Niezam berkata, watak yang memerlukan dia berimej seperti seorang gengster turut membuatkan kanak-kanak berasa takut apabila melihatnya.

“Sepanjang saya melakonkan watak itu, saya jarang nak keluar rumah.

“Tapi bila sekali saya keluar, budak-budak yang nampak saya mereka jadi takut.

“Saya pula suka budak… awalnya saya pelik kenapa mereka nampak takut dengan saya. Rupa-rupanya sebab rambut saya begini,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.