“Merekalah Her0 Yang Sebenar” Kepen@tan Raw@t Pesaklt C0ronavlrus, D0ktor Sampal Tldur Atas Lantal Dan Kerusl

Seperti yang semua sedia maklum, hospital dekat China sekarang memang penuh dengan ramai pesakit dijangkiti dengan coronavirus yang pantas menular baru-baru ni.

Disebabkan hal tersebut, ramai doktor terpaksa bekerja non-stop 24 jam sehingga ada yang overworked sampai nak ke tandas pun tak sempat tau!

Menurut WORLD OF BUZZ, oleh kerana tak cukup rehat dan sering berjaga kerana kena menjaga patient yang sakit, doktor-doktor ini dilihat tidur atau berehat di mana-mana saja mereka boleh termasuklah atas lantai dan kerusi. 

“Merekalah hero negara ini yang sebenar” 

Gambar yang dikongsikan netizen daripada laman Weibo ini menunjukkan beberapa orang staf medik di sebuah hospital dekat China yang tidur atas lantai dan kerusi kerana mereka punya masa yang sedikit untuk berehat.

Gambar tersebut diberi kapsyen, “Merekalah hero negara ini yang sebenar”. 

Malah CCTV News dari China juga sempat repost gambar tersebut dan menulis kapsyen, “Mereka bekerja keras untuk kita! Mereka melawan virus, salute!“. 

“Mereka yang complaint cakap bosan di rumah, tengok doktor-doktor ni. Mereka tak boleh pulang ke rumah”

Malah netizen juga sempat meninggalkan komen positif kepada gambar-gambar tersebut. Antaranya menyebut,

“Terima kasih pekerja medik barisan hadapan, mereka bekerja keras. Sangat berterima kasih.” 

“Kepada mereka yang complain bosan duduk di rumah, lihat doktor-doktor ni. Mereka tidak boleh pulang ke rumah. Mereka juga tak boleh tidur di atas katil. Manakala kita pula, hidup dengan selesa. Hargailah.” 

Kebanyakan netizen juga berkata, yang doktor-doktor ni sedang mengalami detik yang sukar dalam hidup dan sebaiknya netizen lain berikanlah penghormatan yang sewajarnya kepada mereka walaupun selepas wabak ini berakhir nanti.

Apa-apapun min salutelah dengan semua doktor di dunia ni. Kat China ke, kat Malaysia ke… mereka inilah hero yang sebenar sanggup bergadai nyawa demi pesakit. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: lobak merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.