Baru 7 Tahun Dah B0leh Buat Algebra, Ibu K0ngsi Tips Bagaimana Ajar Anak Di Usia 3 Bulan Lagi

Kagum sungguh kami dengan perkongsian ibu ini yang mengajar anaknya sejak dari dalam perut. Walaupun baru berusia 7 tahun, anaknya kini sudah pandai membuat Algebra, Persamaan Kuadratik dan Kimia. Hebatnya!

Menurutnya, dia mengajar anaknya seawal 3 bulan lagi dengan menggunakan teknik fun learning dimana segala pembelajarannya adalah dalam bentuk interaktif. Menarik betul, tak hairanlah baru berusia 7 tahun dah pandai macam ini. Sikap ibunya memang patut dipuji, betul tak?

Masa mengandung selalu buat sudoku

BETUL KE DARJAH 1 BOLEH BUAT ALGEBRA, PERSAMAAN KUADRATIK, KIMIA?

Alhamdulillah anak saya Alexander Akil, 7 tahun, dah boleh buat. Actually, persamaan kuadratik pun akil dah faham. Cuma dia perlukan latih tubi je nak bagi expert. Sekarang mama dia busy nak homeschool dia. Tapi tak mustahil untuk anak 7 tahun boleh buat algebra dan persamaan kuadratik.

Jom saya cerita sikit macam mana saya bantu akil dari kecil. Saya cerita dari baby lah ya. Or boleh kata dari dalam perut. Masa mengandungkan akil dulu, hampir setiap hari, saya buat sudoku. Dan saya banyak membaca bahan ilmiah sebab di awal phd dulu, banyak baca tentang parasit dan HIV.

Lepas akil lahir, umur 3 bulan je saya dah mula introduce flash card. Hampir setiap hari, saya konsisten. Tapi sekejap sangat-sangat saya guna flash card tu. Dalam seminit dua je. Tu pun biasanya lepas dia mandi, nampak dia bertenang. Sepanjang tunjuk flash card tu, akil tak ada respon suara.

Dia banyak tengok je. Tapi saya tahu dia fokus. Saya guna flash card abc dan 123 je pun. Lepas setahun, rupanya semua yang saya tunjuk sebelum ni, dia dah kenal. Bukan sekadar hafal, tapi kenal. Umur 6 bulan saya dah mula introduce buku, tapi yang sesuai lah. Bukan ajar dia baca. Tapi bagi dia biasa dengan buku. Ke mana sahaja, saya akan bagi dia pegang buku. Macam itulah mainan dia.

Selalu ajar dari kecil, interaksi ilmiah dengan dia

Hasilnya, sampai sekarang dia mesra buku. Ditambah pula di rumah saya memang sangat banyak buku. Sehingga ada ruang mini library untuk akil. Ok lepas dia dah tahu abc, 123, saya tak ajar akil secara serius pun. Tapi saya guna method fun learning. Kebanyakan buku semuanya interaktif. Tekan2, sentuh, pusing2, gerak2, bunyi2. So dia tak bosan, dan jadi sangat suka. Dan saya banyak travel naik kereta dulu.

Sepanjang dalam kereta saya berborak dengan akil. Tunjuk papan-papan tanda, huruf-huruf di dalam shopping, nombor pada lif, nombor plat kereta, nombor plat motor. Umur 2 tahun lebih, saya ajar suku kata. Sambil dalam kereta je. Sebab dia dah faham huruf dan bunyi huruf, saya ajar gabungkan bunyi huruf je. Sekejap je dia faham, terus dia boleh eja sendiri suku-suku kata.

Tak masuk 3 tahun lagi, ikutkan akil dah boleh membaca asas. Lepas tu sy perasan akil very fast learner. Saya pun mula ajar akil matematik. Ajar tambah guna mainan-mainan dia. Saya ingat mula-mula ajar guna buah oren. 1+1 dan seterusnya. Kemudian saya guna apps dlm tab. Tapi mesti ada org teman.

Sifir umur 3 tahun lebih dah mula introduce. Mula dengan sifir 5. Saya ajar gandaan 5. Sebab dia dah fasih tambah tolak dengan congak laju, maka gandaan sangat senang bagi dia. Sifir 5 on the spot dia boleh buat. So bermula lah perjalanan sifir. Dia sangat addicted dengan sifir masa tu. Kadang2 duduk tepi almari, ingatkan buat apa, rupanya hafal sifir.

Guna teknik fun fun untuk pembelajaran

Lepas tu, saya ajar pecahan guna puzzle. Sangat senang faham. Nampak tak, semua saya mulakan mesti dengan fun dulu. Bukan terus bagi buku mcm di sekolah. Umur 5 tahun baru saya mula bagi buku latihan. Tu pun saya cari yang menarik. Banyak dari luar negara fun bukunya. Nampak akil makin cekap, saya cuba ajar tajuk2 lain. Masuk kimia. Mula2 ajar dia hafal jadual berkala je. Sekali dia bukan setakat hafal, tapi faham tentang jadual berkala. Boleh explain panjang lebar. Boleh lukis elektron.

Boleh faham persamaan kimia basic. Biologi pula memang makanan dia. Sangat suka fakta-fakta biologi. World map pun agak expert. Dan banyak general knowledge dia tahu. Semua dari membaca buku-buku general knowledge. Dan juga menonton YouTube di tv. Setakat ni akil tengok video2 ilmiah sahaja. Dia tak tengok kartun-kartun sangat. Dan dulu kami tak pasang tv. Sekarang ada pun, kami tak ada channel. Hanya boleh pasang benda berilimiah sahaja.

Kurniaan Allah kepada saya

Mungkin ini semua sedikit sebanyak membantu akil jadi fast learner. Dan sudah tentu semuanya kurniaan Allah. Dari akil lah saya berani introduce teknik sy mengajar kanak-kanak. Tercetus lah Genius Library Learning House. Ada program playgroup untuk bantu anak2 seronok belajar sambil bermain. Kelas membaca pun ada, personal approach. Bukan ajar beramai2. Sebab setiap pelajar lain kelajuan dan masalah. Dan yang penting fun.

Ada program kelas fasih matematik Dan bi, di mana saya bantu pelajar2 belajar dari basic bukan ikut umur. Sebab saya percaya students kena dibantu dari basic. Ada juga kelas tutor upsr, pt3 dan spm. Sebab teknik saya guna mungkin berbeza sedikit dengan orang lain. Saya kira Allah kurniakan akil pada saya untuk saya terokai cara2 terbaik bantu anak2 belajar dan seterusnya sebarkan teknik ini kepada anak2 lain. Doakan kejayaan akil, sebab dia ada potensi besar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: OHBULAN

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.