Degll Tidak Mahu Pakai T0peng Muka Di Pasaraya, Wanita Dih3ret Ke Balal P0lis

SATU rakaman penuh dramatik tular di internet, menunjukkan seorang wanita bergelut dengan orang awam di sebuah pasaraya di Shenzen, China gara-gara dia enggan memakai topeng muka.

Wanita itu, yang dikenal pasti hanya dengan nama keluarganya, Qiu, dilaporkan ditangkap kerana enggan mematuhi perintah yang dikeluarkan pihak berkuasa di Wilayah Guangdong, Selatan China.

Pihak berkuasa wilayah itu pada 26 Januari lalu mengumumkan perintah untuk memakai topeng muka dan menganggapnya sebagai satu kesalahan sekiranya tidak memakainya ketika di tempat awam.

Qiu sebelum itu diminta oleh beberapa pengunjung pasaraya agar memakai topeng muka atau berlalu dari pasaraya itu, demikian menurut kakitangan pasaraya tersebut.

Pergelutan berlaku apabila wanita tersebut didakwa meludah kepada pengunjung lain.

Ekoran kekecohan tersebut, orang awam kemudiannya menghubungi pihak polis.

Qiu kemudian dibawa ke Hospital Kangning, di mana dia disahkan tidak dijangkiti dengan koronavirus, kata pihak berkuasa.

Dia diserahkan kepada pihak polis Shenzhen untuk tindakan selanjutnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.