“Dia Ni Tak Baca Berita Ke 0rang Pakai Mask Sebab Vlrus Terima Kasih Bagi Saya Pah@la Pagi-Pagi Ni,” Emma Maembong

Pelakon Emma Maembong berang dengan tindakan seorang individu yang memuat naik status di Facebook kerana mengecam tindakan Emma dan adik-beradiknya  yang memakai topeng muka (mask). 

Difahamkan, Emma bersama adik-beradiknya ketika itu berada di KLIA memakai topeng muka (mask), namun ia disalah anggap individu berkenaan. 

“Pepagi cari sesuap nasi. Geng-geng Maembong kecoh kat belakang tu. Ingat dia tutup muka pakai mask orang tak kenal. Sopan plak pakaiannya. Selalu telanjang je. 

“Mana plak customer ni ? Lama plak tunggu,” tulis individu berkenaan. 

Tidak hanya berdiam diri, pelakon Cemburu Seorang Perempuan itu telah memberikan respon. 

“Dia ni tak baca berita ke  orang pakai mask sebab virus? Patutlah rezeki tak masuk. Pagi2 dah kutuk orang. 

“Takpelah abag duduk je lah situ dan kutuk org tak kemana pun, Terima kasih bagi saya pahala pagi2 ni,” balas Emma di Inta Storiesnya.

Terdahulu, Emma dan adik-beradiknya merakam video bersama dengan aksi tersendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Instagram Emma Maembong

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.