Khai Bahar, Siti Nordiana Tak Letak Harapan Tlnggi “K0men Negatlf Tu Biasalah, Asalkan Kita Buat Kerja Kita”

MENGEKALKAN kemenangan anugerah berasaskan undian bukanlah perkara mudah, tambahan pula ramai bakat baharu yang muncul saban hari mencuri tumpuan peminat.

Justeru itu, pemenang kategori utama Anugerah MeleTOP Era 2019, Khai Bahar dan Siti Nordiana enggan terlalu berharap untuk meraih trofi yang sama tahun ini.

Menurut Khai, 25, dia meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada peminat dalam menentukan keputusan yang bakal diketahui April depan.

“Saya sudah dua tahun berturut-turut membawa pulang trofi utama kategori Top Top MeleTOP (lelaki) dan untuk kali ketiga kita tengoklah peminat macam mana.

“Saya letakkan semuanya pada peminat, mereka yang akan menentukan siapa yang layak, kita cuma buat sebaik mungkin dan kalau ada rezeki adalah!,” katanya.

Khai reda jika gagal mengekalkan kemenangan kategori utama Anugerah MeleTOP Era 2020, tahun ini.

Tahun lalu, Khai Bahar muncul sebagai pemenang kategori utama Anugerah MeleTOP 2019 (AME2019) menerusi kategori Top Top MeleTOP (Lelaki) dan Siti Nordiana memenangi Top Top MeleTOP (Wanita).

Untuk Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020), kedua-duanya bersaing dalam kategori yang sama iaitu Penyanyi meleTOP dan Group Duo MeleTOP menerusi lagu Satukan Rasa.

Komen-komen negatif orang tu biasalah, asalkan kita buat kerja kita dan tak sakitkan hati orang, dah cukup!

SITI NORDIANA

PENYANYI

Sementara itu, Siti Nordiana pula berkata dia sudah melakukan yang terbaik dan meletakkan soal rezeki kepada Allah SWT.

“Saya dengan peminat akan berusaha tapi soal menang atau tidak itu bukan ditangan saya, semuanya rezeki Allah.

“Lagipun saingan sangat kuat, tak naklah terlalu berharap sangat sebab takut nanti kecewa… kita berbalik kepada rezeki.

“Komen-komen negatif orang tu biasalah, asalkan kita buat kerja kita dan tak sakitkan hati orang, dah cukup!,” ujarnya.

Selain dua kategori tersebut, penyanyi lagu Hatiku Milikmu ini turut menerima pencalonan menerusi kategori Lagu Meletop Era dan Artis Versatil.

AME2020 bakal berlangsung pada 12 April ini di Axiata Arena, Bukit Jalil dan disiarkan secara eksklusif pada pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Talian undian fasa pertama untuk menyenarai pendek lima calon terbaik daripada 20 pencalonan awal dibuka sehingga 25 Februari pukul 12 tengah hari.

Undian boleh dibuat secara online di dua buah platform iaitu di laman web rasmi AME 2020 iaitu www.anugerahmeletopera.com.my atau aplikasi SYOK.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.