‘Sayang Seribu Kali Sayang Muda-Muda Lagi Dah Jadi Glla’

Golongan warga emas sering menjadi sasaran orang yang tidak bertanggungjawab. Mereka melihat golongan tua adalah orang yang senang diperas ugut dan diperdaya. Untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku, sebolehnya elak daripada berkomunikasi dengan orang yang mencurigakan.

Seperti perkongsian individu ini di Facebook, bapanya diserang seorang wanita ketika berada di kawasan beli belah. Wanita tersebut didakwa merampas wang dan mencucuh puntung rokok di mata bapa namun sempat dielak.

Datang minta duit

Tragedi pagi tadi. Mak abah pergi Mydin Manjoi. Lagi sekali perempuan ni buat hal. Dulu dengar cerita dari orang sekarang kena dekat parents sendiri. Memang sakit hati. Sangat bahaya perempuan ni korang semua hati-hatilah ye. Okay cerita dia macam ni, dia datang mintak duit. Abah keluarkan duit dari poket dia. Perempuan ni cuba rampas semua duit yang ada dekat tangan abah. Abah sempat bagi dia RM2. Sebelum tu dia bergelut nak rampas duit dekat tangan abah. Mak ternampak dan mak jerkah dia “pasal ape ni???”

Bercerita dengan lebih lanjut, bapa menghulurkan RM2 kepada wanita tersebut namun dia bertindak agresif dengan merampas semua duit yang ada. Nasib baiklah ibunya sempat menghalang selepas melihat pergelutan berlaku.

Cucuk puntung rokok

Terus pompuan tu blah. Okay cerita tak habis dekat sini. Masa abah nak pergi dekat kereta. Perempuan ni lagi sekali datang ganggu. Korang nak tau apa dia buat???? Dia cucuh puntung rokok dekat mata bapak aku wehhh. Nasib baik abah sempat pejam kalau tepat dalam bijik mata??? Hati-hatila.. Mintak tolong persatuan penduduk Manjoi atau pihak berkuasa tolong ambik tindakan. Bukan apa.

Dah sampai mencederakan orang. Dekat dia memang dia ada bawak pisau belit. Kalau orang yang kena tu bawak anak kecik?? Lagi bahaya. So mintak tolong sangat-sangat pihak yang berwajib dan yang bertanggungjwb tangkap perempuan ni. Hantar Tg Rambutan. Dah bahaya sangat-sangat ni. Sayang seribu kali sayang muda-muda lagi dah jadi gila. Gambar last tu, abu rokok masih melekat dekat mata abah.

Tidak cukup dengan itu, dia juga didakwa bertindak biadap dengan mencucuh puntung rokok. Di ruangan komen, ada yang pernah mengalami pengalaman yang sama apabila dia dimarahi gara-gara tidak memberi wang.

Dah pernah kena tangkap?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: OHBULAN

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.