‘Tak Sampal Hatl Teng0k’ Tvnggang M0torsikal Balik Kampung

Rezeki, ajal, jodoh dan maut memang sudah tertulis sejak azali lagi. Setiap orang pasti mempunyai jalan ceritanya tersendiri. Ada dalam kelangan mereka yang diuji dari segi kewangan, kesihatan dan sebagainya. Namun, sebagai seorang Muslim, kita diajar supaya bersabar dan redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan ini.

Terbaru, seorang pengguna Facebook, Talha Sebri ada berkongsi sebuah kisah sedih apabila dia dipertemukan dengan sebuah keluarga yang berada dalam kesusahan. Apa yang lebih menyayat hati apabila pasangan suami isteri ini terpaksa pulang ke kampung bersama bayi mereka dengan hanya menaiki motorsikal.

Tunggang motorsikal balik kampung

Alhamdulillah sampai jugak] di teratak kecil kami di Kerteh. Hari ini Allah sayang dekat kami sekeluarga, Allah beri kami peringatan dan pengajaran yang sangat mendalam pada diri kami sekeluarga. Selalu situasi macam ni kami baca di Facebook tapi hari oni Allah beri kami peluang ni. Terima kasih Ya Allah. Hari ini habis la tempoh kami bercuti maka kami pun berangkat pulang ke Kerteh. Sampai di RnR Temerloh kami berhenti rehat dan mengisi perut sebelum meneruskan perjalanan ke Kerteh. Sebelum meneruskan perjalanan aku ke Shell untuk mengisi petrol pula.

Sedang mengisi petrol aku perasan ada sepasang mata cantik sangat sedang memerhati aku mengisi minyak. Aku paling ke kiri dan ternampak seorang bayi tersangatlah comel sedang memerhatikan aku. Bayi tersebut didukung ibunya yang sedang menunggu sang suami mengisi minyak motosikal mereka. Aku lihat jam di tangan menunjukkan jam 6.20pm, dalam hati terdetik ish dah lewat petang ni, kemana agaknya destinasi mereka sekeluarga. Habis mengisi minyak aku baru nak menegur mereka tetapi mereka telah selesai mengisi minyak dan meneruskan perjalanan sebelum sempat aku menegur.

Isteriku menegur perkara sama pada aku, katanya comel la anak family tadi, kesiannya dah lewat petang masih menunggang motorsikal dengan bayi. Lalu isteriku meminta aku cari keluarga tadi dan perhatikan mereka kot-kot diorang akan ke susur keluar seterusnya dengan harapan mereka hampir ke destinasi. Aku sambung memandu dari RnR dan mataku melilau mencari pasangan tadi dengan harapan dapat bertemu. Aku ikut perlahan-lahan dan mendapati mereka tidak keluar di susur keluar berhampiran tadi lalu aku pun memandu di sebelah mereka. Kemudian aku membuka tingkap dan menegur sang suami yang sedang khusyuk menunggang motosikal, aku bertanya kan destinasi mereka sekeluarga.

Tumpangkan si ibu dan anak

Jawapan yang diberi sang suami tadi sangat mengejutkan kami sekeluarga. Mereka bersama bayi ingin pulang ke kampung di Cherating. Jam menunjukkan 6.35pm dan kami masih di Temerloh. Isteriku meminta aku bagitahu mereka supaya benarkn kami menumpangkan isteri dan bayi mereka hingga ke susur keluar Jabor.

Pada mulanya sang suami menolak pelawaan kami. Aku kembali meneruskan perjalanan tapi aku masih tidak memandu jauh dari mereka. Hatiku rasa tak sanggup melihat bayi mereka bermalaman sementara menunggu tiba ke Cherating. Aku memperlahankan kenderaan dan cuba memujuk sang suami tadi sekali lagi. Ssetelah puas saya memujuk akhirnya sang suami setuju membenarkm kami menumpangkan isteri dan bayi beliau bersama kami.

Alhamdulillah lega dan syukur sangat sebab sang suami setuju membenarkm kami menumpangkan anak dan isteri beliau. Aku memberitahu pada suami tadi yang aku akan tumpangkan sampai ke susur Jabor. Dalam perjalanan aku mendengar isteriku berborak dgn ibu bayi tadi. Nama ibu kepada baby comel tadi Fatin, bekerja sebagai seorang Tele Marketing di salah sebuah bank tempatan di Cheras.

Sang ayah tadi bernama Badrul Amin, seorang tukang masak di Cheras juga kalau tak silap. Sang ibu berumur 20 tahun manakala sang ayah berumur 21tahun. Allahu mudanya mereka. Baby comel mereka bernama Fakhrullah Iman kalau aku tak silap, sedap namanya secantik rupanya.

Mereka baru sahaja memulakan hidup dan masih membina kehidupan di kota metropolitan yang besar. Pabila ditanya kenapa naik motor ke Cherating, sang isteri memberitahu bahawa ayah mertuanya diserang strok jadi mereka sekeluarga segera balik untuk menjenguk ayah yang sakit. Mereka masih belum mempunyi kereta menyebabkan mereka menunggang motosikal sahaja untuk pulang menjenguk ayah yang sakit. Allahu serius sebak bila dengar perbualan Fatin dan isteriku.

Selamat sampai ke destinasi

Aku pandu kereta seperlahan yang boleh supaya sang ayah tadi masih melihat kereta kami dalam perjalanan tiba-tiba hujan turun. Hatiku terdetik Alhamdulillah kami tumpangkan anak dan isterinya tadi. Bayangkan kalau kitorg tak tumpangkan diorang.apa la nasib baby comel tadi. Ish memang tak boleh nak bayang lah. Hati ini memang sayu bila tengok baby comel tu perhati dekat aku tadi. Aku akhirnya bagitahu kat Fatin tadi yang aku tumpangkan diorang sampai lah ke Cherating. Mula-mula dia menolak tapi aku berkeras juga dengan beri alasan dah maghrib dan keadaan yang hujan lalu Fatin setuju dengan kami.

Sampai di tol Jabor aku berhenti tepi dan memberitahu pada si suami yang kami akan hantr anak dan isterinya hingga ke destinasi. Aku beri alasan yang sama pada Fatin tadi dan si suami bersetuju dengan cadanganku. Alhamdulillah kami sekelurga dan mereka sekeluarga selamat sampai ke Cherating jam 8.30m. Bayangkan macam mana gelap jalan sepanjang perjalanan bermula dari Kuantan, susur keluar Jabor, jalan pintasan Kuantan (Gebeng). Memamg tak boleh bayang kalau kami tak tumpangkan Fatin dan babynya tadi. Mesti diorang belum sampai lagi pada masa tu sebab si suami mesti tak bawa moto lelaju sebab ada baby diorang sekali tadi.

Kami tunggu sehingga mereka betul-betul  selamat memulakan perjalanan ke rumah ayahnya tadi. Allahuakbar terima kasih sangat Allah sebab hantar mereka sekeluarga pada kami tadi. Kami rasa kami susah tetapi ada lagi kelurga yang susah dan sedikit pun tiada tanda kesal atau mengeluh pada raut wajah mereka. Kuatnya hati mereka. Ya Allah murahkan dan limpah ruahkan la rezeki mereka sekeluarga. Jadikn kehidupan mereka senang dan selesa di kemudian hari, terima kasih kerana memberi peringatan pada kami sekeluarga.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: OHBULAN

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.