Yuna Pernah Dimlnta Ded@hkan Bahu Dan Lvtut Untuk F0tografi, Tanggal Tudung Jika Mahu Jadi Artis Rakaman

BUKAN senang untuk mengekalkan penampilan berhijab dalam industri hiburan.

Perkara itu diakui penyanyi yang mencipta nama di peringkat antarabangsa Yuna apabila dia berdepan beberapa dugaan awal kemunculannya.

Yuna mendedahkan dia menjadi mangsa sikap prejudis segelintir pihak ketika mahu bergelar penyanyi di Malaysia.

Lebih teruk, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 34, berkata dia diminta untuk tidak bertudung jika mahu bernaung di bawah sebuah syarikat muzik.

Yuna dedah pernah jadi mangsa prejudis.

“Masih lagi ingat tahun pertama saya mengenakan hijab pada umur 20 tahun, semuanya berjalan dengan baik sehinggalah saya diminta untuk tidak berhijab jika mahu menandatangani kontrak bersama sebuah syarikat rakaman muzik. Namun saya bertegas mahu jadi diri sendiri.

“Bukan itu sahaja, ada beberapa sesi fotografi yang meminta saya untuk menunjukkan sedikit bahu dan juga lutut. Semuanya berakhir apabila saya nekad untuk pulang sahaja.

“Malah lebih teruk apabila ada beberapa majalah yang enggan meletakkan saya di muka hadapan hanya kerana saya penyanyi wanita berhijab,” tulis Yuna.

Penyanyi yang mula membina nama dengan lagu Dan Sebenarnya ini bagaimanapun lega apabila masyarakat kini lebih menghargai bakat berbanding penampilan seseorang.

Perkongsian Yuna di Instagram.

Malah, Yuna berbangga apabila masyarakat luar turut menerima penampilan itu apabila dipilih menghiasi muka depan sebuah majalah antarabangsa dengan enam muka surat pada tahun 2016.

“Namun semuanya sudah berubah masa kini, saya gembira melihat ramai wanita berhijab berjaya di luar sana dan dunia sudah mula menerima wanita seperti kami tidak kiralah apa yang kami kenakan di kepala.

Ada beberapa sesi fotografi yang meminta saya untuk menunjukkan sedikit bahu dan juga lutut

YUNA

PENYANYI

“Niat saya hanya mahu berkarya dan membantu keluarga untuk mendapat kehidupan yang lebih baik, saya amat bersyukur dengan apa yang berjaya dikecapi kini.

“Ini throwback bila majalah Instyemagazine beri peluang kepada gadis hijab ini dengan enam muka surat foto dan artikel pada 2016,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.