Video Dicul1k Ketika Umur 2 Tahun, Lelaki Sebak Bertemu Semula Ibu Bapa Setelah Terp1sah Lebih 3 Dekad

Dicul1k semasa kecil, seorang lelaki di China kembali bersatu bersama ibu bapanya setelah 32 tahun terp1sah, lapor The Guardian.

Ketika usianya baru berusia dua tahun setengah, Mao Yin dicul1k pada tahun 1988 ketika dia berjalan pulang dari taska bersama bapanya. Dia kembali bertemu ibu bapanya pada Isnin lalu di bandar Xi’an barat iaitu tempat di mana dia dilahirkan.

Selepas keh1langan Mao, ibunya, Li Jingzhi, berhenti kerja bagi mencari anaknya yang mengambil masa selama beberapa dekad termasuk menghantar lebih 100,000 risalah dan muncul di beberapa rancangan televisyen.

Selepas lebih tiga dekad, maklumat yang diperolehinya pada April lalu membawa kepada pertemuan yang ditunggu-tunggu. Polis menerima maklumat mengenai seorang budak lelaki dari Xi’an yang dijual kepada sebuah keluarga yang jaraknya lebih 600 km sahaja dengan harga 6,000 yuan.

Memetik laporan The Guardian, pihak berkuasa menggunakan teknologi pengecaman wajah untuk membantu pencarian tersebut.

Setelah ujian DNA juga mengesahkan identiti Mao Yin, pada 10 Mei lalu yang juga merupakan Hari Ibu, polis memberitahu kepada Li bahawa anaknya telah dijumpai.

“Ini merupakan hadiah terbaik yang pernah saya dapat pada Hari Ibu,” katanya.

Dinamakan sebagai Gu Ningning, Mao telah dibesarkan di bandar Mianyang di wilayah kejiranan Sichuan tanpa menyedari bahawa dia menjadi s4saran pencar1an selama beberapa dekad.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber:Siakap Keli

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri