Hlang Jawatan Pengerusi Finas, Sekali Sharnaaz Ahmad Komen. Jawapan Balas Hans Isaac ‘Win’ Habis

Perlantikan Zakaria Abd Hamid yang juga ahli perniagaan dan aktivis masyarakat sebagai pengerusi baharu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), menggantikan Datuk Hans Isaac mengejutkan ramai pihak.

Turut dilantik ialah Presiden Yayasan KRU Datuk Norman Abdul Halim sebagai Timbalan Pengerusi FINAS.

Dalam satu entri di Instagram, Hans Isaac telah menulis luahan beliau yang turut mendapat reaksi beberapa rakan artis lain.

Selamat Sejahtera & Salam Akhir Ramadhan kepada semua

” Saya bersyukur kepada tuhan segala penantian berakhir di mana saya telah menerima surat penamatan kontrak sebagai Pengerusi FINAS bermula 1 Syawal 1441H / 24 Mei 2020.

” Mengimbas kembali dalam tempoh beberapa bulan sebagai Pengerusi FINAS, saya telah mencuba yang terbaik untuk industri ini walaupun berdepan dengan tatacara dan cabaran birokrasi dalam agensi kerajaan.

” Saya mendengar suara orang industri untuk menuntut penjelasan FINAS mengenai cabaran kini dan memang saya sentiasa peka namun kami terikat dengan arahan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

” Namun atas tanggungjawab saya sebagai anak seni, saya teruskan untuk mendesak kerajaan untuk memberikan maklum balas kepada tuntutan industri.

” Akhir kata, disepanjang tempoh saya sebagai Pengerusi Finas dalam segala usaha saya mungkin ada menyinggung perasaan beberapa pihak, secara ikhlas ianya tidak disengajakan dan saya mohon maaf, ia hanyalah untuk kebaikan industri dari pandangan saya pada masa itu.

” Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Dato KSU, semua Ahli Perbadanan kerana telah memberi khidmat yang terbaik dengan penuh integriti, juga tidak lupa semua warga KKMM, Finas dan anak seni yang turut memberikan kerjasama dengan kami.

” Kepada ahli industri, Saya ingin menyebut mungkin saya bukan orang yang terbaik tapi saya telah lakukan apa yang terbaik yang boleh dari pihak saya.

” Sebagai anak seni yang telah berkecimpung dalam industri dalam 30 tahun, perjuangan saya untuk membela industri ini tidak akan berakhir di sini. P

” Perjuangan saya untuk kebajikan industri seperti KWSP untuk warga industri, Dana Kebajikan dan lain-lain akan terus diperjuangkan. Tanpa jawatan Pengerusi FINAS, maka sekarang saya bebas bersuara tanpa sebarang tatacara.

” Semoga semua yang di perjuangan akan dilaksanakan dan ini hadiah saya kepada semua ahli industri sempena Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Dan Batin.” akhiri Hans

Komen Dato Shahrezza dan Sharnaaz Ahmad komen

Perkongsian Hans Isaac itu mendapat reaksi rakan artis yang nyata terkejut dengan pengumuman tersebut. Antaranya ada Dato Sri Shah Rezza dan Sharnaaz Ahmad.

” Walaupun saya tahu perlantikan politik akan seiring dengan (pertukaran) kerajaan, tapi saya berharap ia tidak akan berlaku kepada anda.

” Terima kasih kerana menyerapkan aura anda ke dalam FINAS. Saya tahu anda ada perancangan hebat untuk Finas tetapi bukan itu yg mereka ambil kira. Saya doakan yg terbaik untuk anda” tulis Shahrezza.

Sementara itu pelakon Sharnaaz Ahmad turut sempat bertanyakan kepada Hans tentang apa yang berlaku.

Komen Sharnaaz itu kemudian turut dibalas oleh Hans dengan ayat yang ‘makan dalam’ 

” Apa yang dah berlaku kepada industri ni lah..” tulis Sharnaaz

Komen Sharnaaz itu kemudian dibalas Hans Isaac;

” Jadi orang baik dan bersih dalam menjalankan tugas, tak bermakna orang akan pandang pun hahaha..!!

” Aku doakan yang terbaik buat orang baru dan berharap mereka teruskan menjaga integriti yang tinggi sebagaimana aku dan pengurusan lama berjaya lakukan” balas Hans

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber:Limau Ais

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri