Yana Samsudin Tak Sambut Raya Tahun Ini Sedlh Atas Pemerglan Orang Tersayang Iaitu Adiknya Yg Baru 40 Hari Bergelar Bapa

KUALA LUMPUR: Lenyap terus keinginan Yana Samsudin membeli juadah atau persalinan baharu menyambut Aidilfitri buat ahli keluarga, yang lazim dilakukannya, setiap kali menyambut Syawal.

Semuanya kerana keseronokan itu dir4gut peme3rgian adik tersayang, Allahy4rham Muhammad Fahmi Harith, yang meningg4l dunia secara mengejut, kira-kira dua bulan lalu.

Lebih menyayat hati, arw4h yang baru 40 hari bergelar bapa kepada bayi comel diberi nama Fattah Muhammad Fahmi, ditemui tidak berny4wa sendirian di rumah sewa dengan baju anak di sisi.

Allahy4rham menanti tiga tahun untuk menimang anak, namun, hanya sempat menjaga buah hatinya itu selama lapan hari.


Pastinya, paling terkesan dengan kehilangan adik yang juga satu-satunya anak lelaki dalam keluarga, adalah kedua orang tua pelakon filem Adnan Sempit itu.

“Tahun ini, kami sekeluarga tidak bercadang menyambut Hari Raya kerana adik baru dua bulan meningg4lkan kami.

“Kami memang sudah merancang tidak mengadakan rumah terbuka. Nasib baiklah, tahun ini, kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Secara jujur, kami tiada ‘mood’ hendak membuat persiapan. Emak dan ayah di kampung juga sama. Mereka masih bersedih dengan peme3rgian arw4h adik.

“Selalunya, saban tahun, saya membelikan baju raya untuk keluarga. Tahun ini, saya langsung tidak beli apa-apa untuk mereka,” katanya.

Yana, 35, berkata, dia hanya menempah sehelai baju untuk diri sendiri semata-mata bagi membantu perniagaan rakan pereka.

 

View this post on Instagram

 

Assalam korang… good morning 😘😄

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on


“Tapi untuk keluarga di kampung, saya minta emak paling tidak, buatlah satu atau dua jenis biskut. Bukan untuk sesiapa, tetapi untuk cucunya juga.

“Setidak-tidaknya, anak saudara saya ada memori menarik mengenai raya yang boleh mereka kenang sehingga dewasa,” katanya.

Yana berkata, disebabkan PKPB, dia dan suami, Fadhil Zahari serta anak tunggal mereka, Aisy Mateen yang berusia empat tahun, tidak dapat pulang ke Yong Peng, Johor.

Sebaliknya, keluarga kecilnya akan beraya di kediaman sendiri di Shah Alam.

Yana berkata, dia tidak berhasrat menyediakan sebarang juadah. Mujur suami memahami keadaannya.

“Sepatutnya, tahun ini giliran beraya di Yong Peng. Disebabkan PKPB, kami tidak dapat pulang.

“Tetapi saya tidak risau keadaan emak dan ayah di kampung. Adik beradik yang lain tinggal berhampiran dengan mereka.

“Jika tiada siapa-siapa di sana, mungkin saya akan risau, apatah lagi dengan keadaan mereka yang baru kehilangan anak.

“Lagipun mereka tidak sunyi. Cucu-cucu biasanya akan berada di rumah emak dan ayah pada hari cuti,” katanya.

Yana mengaku tidak pernah terbayang melalui episod kehilangan ahli keluarga yang paling rapat.


“Saya pernah kehilangan nenek. Tetapi kesedihan itu tidak sama dengan kehilangan adik.

“Rasa kehilangan itu cukup berat sekali apatah lagi kami pernah tinggal bersama-sama selama tujuh tahun sebelum saya berkahwin.

“Jika ternampak barangan arw4h atau teringat kepadanya, saya pasti menitiskan air mata,” katanya.

Biarpun adiknya sudah tiada, kebajikan adik ipar dan Fattah tidak pernah diabaikan.

Beberapa hari sebelum PKP, dia sempat membawa adik iparnya, Farhana menguruskan caruman Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dan motosikal milik arw4h.

Mujur, kata Yana, urusan itu sempat diselesaikan sebelum PKP dikuat kuasakan pada 18 Mac lalu. Jika tidak, dia pasti terper4ngkap di Yong Peng.

Yana berkata, dia sempat bergegas pulang ke Shah Alam beberapa jam sebelum PKP dikuat kuasakan.

“Kebetulan, urusan arw4h adik baru selesai di Johor Bahru. Selepas menghantar adik ipar pulang ke rumah kakaknya, saya dan suami bergegas pulang ke Yong Peng.

“Semua beg pakaian dan barang-barang Mateen termasuk botol susu tidak sempat diambil. Kami tidak mahu membuang masa kerana takut tidak dapat pulang ke rumah.

“Kami terus pecut ke Shah Alam dan sampai di rumah kira-kira jam 1 pagi. Apa yang penting, urusan adik ipar dipermudahkan.

“Dia pun tidak sempat pulang ke rumah keluarga di Sarawak dan terkandas di rumah kakak di Johor Bahru,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber:BH

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri