Sudah Banyak Kali Pesan Tapi Ramai Yang Tak Percaya, Sekali Polis Betul-Betul Sampai Depan Rumah

Anggota polis Balai Polis Air Itam dan anggota tentera ketika menjalankan tugas pemeriksaan dari rumah ke rumah dalam tempoh PKPB di Kampung Masjid, Air Itam, Georgetown. Pemeriksaan untuk mengesan individu yang ingkar apabila pulang ke kampung menyambut Aidilfitri, serta pematuhan PKPB. – Foto NSTP/Danial Saad (gambar atas, kanan)

Apa nak jadi, jadilah. Mungkin itu agaknya bermain difikiran orang ramai yang degil pulang berhari raya ke kampung halaman dengan merentas negeri.

Pelbagai cara dicuba bagi menjayakan misi balik kampung, antaranya bergerak seawal waktu sahur, menggunakan jalan pintas, membuat surat palsu dan bersembunyi dalam lori.

Namun seperti janjikan oleh pihak berkuasa, bagi yang berjaya balik kampung, jangan seronok sangat sebab pihak polis ada cara untuk mengesan mereka yang terlibat.

Sebanyak 383 kompaun dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap orang ramai yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika sambutan hari pertama Aidilfitri.

Kompaun itu membabitkan percubaan untuk merentas negeri, beraya di kampung halaman serta jumlah yang berhari raya dalam satu rumah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihak polis tidak berdiam diri walaupun semalam adalah hari pertama Aidilfitri dan tetap mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan pelanggaran SOP.

Daripada jumlah itu, sebanyak 214 kompaun adalah dikeluarkan dalam sekatan jalan raya dan 14 kompaun terhadap mereka yang berhari raya di kampung halaman.

Ramai yang ingat polis main-main saja

” Ramai yang tidak percaya polis akan tetap mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar SOP khususnya pada hari raya dan ini dibuktikan 14 kompaun yang dikeluarkan itu adalah kepada mereka yang sudah berada di kampung halaman dan tidak mendapat kebenaran pulang.

” Apabila saya katakan, kami serius akan mengambil tindakan, ramai yang mengambil ringan,” katanya dalam sidang media harian, hari ini.

Semalam PDRM menahan 470 individu yang mana 87 individu telah direman dan 23 individu dijamin atas kesalahan melanggar SOP.

PDRM turut mengeluarkan kompaun kepada 383 individu atas kesalahan melanggar SOP.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri juga berkata, sebanyak 1,243 kenderaan juga cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung dan ia tinggi berbanding 1,158 kenderaan pada hari sebelumnya.

” Negeri yang mencatatkan cubaan rentas negeri untuk pulang ke kampung tertinggi adalah Selangor iaitu 685 kenderaan, Negeri Sembilan (133) dan Pahang (72),” katanya.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar (empat dari kiri) menjalankan tugas pemeriksaan dari rumah ke rumah dalam PKPB di Kampung LBJ. Pemeriksaan keselamatan yang dilakukan bertujuan mengesan individu yang ingkar pulang ke kampung menyambut Aidilfitri, serta pematuhan PKPB. – Foto NSTP/Azrul Edham Mohd Aminuddin

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: limauais

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri