“Inikan lebaran, Mana Foto Keluarga?” Netizen Mula ‘Membawang’, Hairan Laudya Cynthia Bella Tak K0ngsi Gambar Suami Sambut Aidilfitri

GARA-GARA memuat naik foto sambutan Aidilfitri tanpa kelibat suami tercinta, pelakon Laudya Cynthia Bella menerima pelbagai persoalan dan komen daripada pengikut Instagram miliknya.

Menurut laporan Liputan6, Laudya memuat naik fotonya sendirian bersama ucapan ringkas bersempena sambutan Aidilfitri pada Isnin lalu.

“Selamat hari raya daripada kami! (saya bersama beg dan selendang kegemaran),” tulisnya.

Posting tersebut dipercayai merupakan muat naik berbayar daripada salah satu jenama popular antarabangsa.

 

View this post on Instagram

 

Happy EID from ours (me and my favorite bag and scarf @coach) to yours✨ . . #CoachIndonesia #CoachNY @kanmogroup.fashion

A post shared by Laudya Cynthia Bella (@laudyacynthiabella) on


Bagaimanapun, rata-rata pengikut melihat daripada sisi berlainan apabila bertanyakan mengenai keberadaan suaminya, Engku Emran.

Netizen bertanya mengenai keberadaan suami Laudya.

“Kenapa tak pernah bergambar dengan suami, pergi mana sudah?

“Tak pernah nampak gambar berdua.

“Inikan hari raya, mana foto keluarga?,” komen netizen.

Sehingga kini, pelakon filem Syurga Yang Tak Dirindukan ini terus mengunci mulut mengenai hubungan rumah tangga mereka.

Laudya pernah memberitahu dia tidak akan berkongsi foto bersama suami di media sosial kerana ingin menjaga privasi.

Laudya dan Engku Emran berkahwin pada 8 September 2017 di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri