Bapa Kerja Bawah Van Jen@zah Tak Daya Nak Hantar Anak2 Sendiri Untuk Di Semadikan

Pemergian tiga beradik yang dipercayai lemas di Sungai Terengganu, dekat Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu semalam sememangnya sangat mengejutkan seluruh negara.Anak-anak harapan yang baru sahaja ceria menyambut hariraya bersama bapa tersayang pergi meninggalkan insan tua itu di hari raya ke-4.

 

Menerusi Harian Metro, Mohd Ismail, 64 iaitu bapa kepada  Umar Iskandar, 21, Khairil Firdaus, 17, dan Khalif Naim, 16 yang ditemui sudah meninggal dunia pagi tadi nyata tidak berdaya membawa pulang jenazah anak-anaknya walaupun dia merupakan seorang pemandu van jenazah.

“Sejak bekerja membawa kenderaan jenazah, saya sudah menghantar hampir 40 jenazah ke tanah perkuburan tetapi kali ini saya tidak ada daya untuk berbuat demikian… semangat saya menjadi lemah.”

Menerusi sumber lagi, ketiga-tiga anaknya mempunyai cita-cita untuk berjaya apabila masing-masing  berusa gigih belajar untuk mencapai impian masing-masing.Menurut Ismail, dia telah menjadi pemandu kereta jenazah dan pengurusan masjid sejak menamatkan perkhidmatan dengan TNB kira-kira empat tahun lalu.

Jenazah disembahyangkan di rumah keluarganya sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Alor Limbat, Rawai, Bukit Payung di Marang.Jenazah adik-beradik ini dijangka akan disemadikan pada petang ini dalam satu liang bersebelahan pusara ibunda mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber:  Zaid Salim (Harian Metro)

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri