PKPB: Banyak Kel0nggaran Dijangka Diumum Menjelang 9 Jun

SEKATAN ke atas aktiviti sosial serta sektor pendidikan yang bermula di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijangka dil0nggarkan dalam masa terdekat sekiranya kes COVID-19 harian di negara ini kekal pada dua angka bernilai rendah atau satu digit.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata keputusan mengenai perkara itu dijangka dibuat pada minggu pertama Jun.

“Jika kita dapat mengekalkan (situasi sekarang) sehingga 9 Jun dan mengambil kira musim perayaan, mungkin kita akan buka lebih banyak sektor sosial dan pendidikan,” katanya pada sidang media COVID-19.

Pada masa sama, beliau meminta masyarakat berganding bahu dengan pihak berkuasa untuk memastikan wab4k tidak menular sekiranya perubahan dasar diumumkan.

Dr Noor Hisham berkata setakat ini, kes melibatkan rakyat Malaysia menunjukkan penurunan dan peningkatan kes kebelakangan ini disumbang oleh warga asing.

“Jika kita boleh tangani kedua-dua kumpulan, kita boleh turunkan lagi jumlah kes selain melihat sama ada musim perayaan ini membawa impak j4ngkitan membabitkan rakyat Malaysia,” katanya.

Kerajaan melaksanakan PKP bermula 18 Mac lepas dan dilanjutkan sehingga 12 Mei sebelum bersambung dengan PKP Bersyarat (PKPB) yang dijadualkan tamat pada 9 Jun dengan kebanyakan sektor ekonomi dan sosial dibuka semula secara terkawal.

Dr Noor Hisham berkata perubahan strategi daripada PKP kepada PKPB menunjukkan kejayaan yang turut disumbang oleh komitmen masyarakat.

Justeru, beliau berharap orang ramai akan terus mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan kerana tangggungjawab, disiplin serta pematuhan masyarakat amat penting bagi memutuskan rantaian j4ngkitan COVID-19 di negara ini.- BERNAMA

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Media Viral

Sumber : Mstar

 

Adakah Sekolah Boleh Dibuka Semula. Ini Kenyataan Dari DG Noor Hisham Tentang Isu Sekolah

Sekolah dan institusi pendidikan lain di negara ini mungkin dibenarkan dibuka semula sekiranya kes baru Covid-19 kekal rendah sehingga 9 Jun, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Pengarahnya, Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya perlu menunggu sehingga minggu pertama Jun sebelum membuat sebarang keputusan bagi meneliti kesan akibat sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

“Dari segi kes harian, jika kita dapat (angka) dua digit yang lebih rendah, atau satu digit, dan mengekalkannya hingga 9 Jun, mungkin kita dapat membuka lebih banyak sektor sosial dan pendidikan,” katanya dalam sidang media harian berkaitan wab4k itu di Putrajaya petang ini.

Justeru beliau menegaskan disiplin dan kepatuhan masyarakat terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh KKM sangat penting untuk mencapai sasaran.

“Kita percaya jika kita dapat melakukannya, kita dapat menurunkan jumlah kes (lebih rendah).

“Mungkin pada minggu pertama bulan Jun, kita akan melihat apakah musim perayaan ini memberi kesan kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Sekolah dan institusi pendidikan lain di negara ini boleh dibenarkan beroperasi semula jika Malaysia terus mencatat jumlah kes Covid-19 yang rendah sehingga 9 Jun, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarahnya Dr Noor Hisham Abdullah berkata mereka perlu menunggu sehingga minggu pertama bulan Jun sebelum membuat keputusan untuk membuka lebih banyak sektor bagi memantau kesan daripada perayaan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Malaysia KINI via walla

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri