Terengganu Negeri Pertama Bebas COVID-19 di Malaysia

Terengganu mencatat rekod sebagai negeri pertama di Malaysia yang bebas kes COVID-19 sepenuhnya selepas kesemua daerah di negeri itu dikategorikan sebagai Zon Hijau.

Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman, Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Benc4na Negeri, berkata 111 kes telah direkodkan di Terengganu dan kes terakhir melibatkan pes4kit dari daerah Kemaman.

Bagaimanapun, pes4kit COVID-19 yang menerima rawatan di Hospital Kuantan itu telah pulih dan dibenarkan pulang ke rumah pada Rabu lepas.

“Seperti mana kita telah ketahui dan dimaklumkan secara rasmi oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu bahawa Terengganu telah bebas COVID-19 dan diisytiharkan Zon Hijau yang mana kes terakhir iaitu kes 111 yang mana kes berasal dari Kemaman dimasukkan ke HospitaI Kuantan dan telah didiscaj,” kata beliau memetik laporan Astro Awani.

Tambahnya lagi, walaupun dengan status negeri bebas COVID-19 tetapi kesemua jawatankuasa peringkat negeri dan daerah masih berada dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan wujudnya kes j4ngkitan baharu di Terengganu.

Penduduk di negeri itu turut diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan sepanjang masa walaupun berada dalam Zon Hijau.

Che Adam turut berkata orang ramai masih perlu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih dikuatkuasakan sehingga kini.

COVID-19 : Sifar Kes Aktif, Terengganu Kini Negeri Zon Hijau

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus, berkata ia susulan perkembangan semasa dan pes4kit terakhir positif COVID-19 di Terengganu sudah pun discaj dari hospital, Rabu lalu.

Beliau berkata, pes4kit berumur 35 tahun yang berasal dari Kemaman itu dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan, Pahang pada 20 Mei lalu setelah dikesan positif COVID-19.

“Alhamdulillah, kita tiada lagi kes aktif COVID-19 ketika ini dan saya berharap penduduk Terengganu terus mengamalkan kebersihan seperti saranan Kementerian Kesihatan dengan kerap mencuci tangan, memakai pelitup muka dan menjaga jarak sosial.

“Bagi urusan harian seperti sektor perniagaan pula, teruskan dengan amalan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kementerian seperti mengambil butiran pelanggan, memeriksa suhu badan dan menyediakan cecair pembasmi kuman di premis masing-masing,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Untuk rekod, Terengganu sebelum ini mencatat 111 kes COVID-19 dengan satu kematian.

Daripada keseluruhan angka itu, Dungun merekodkan kes tertinggi dengan 38 kes, diikuti Besut (35), Kuala Terengganu (18), Setiu (lapan), Kemaman (enam), Kuala Nerus (empat) dan Marang (dua).

Hanya Hulu Terengganu satu-satunya daerah yang sifar kes COVID-19 di negeri ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber:Bernama

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri