Disahkan Positif 4 Hari Lepas Kehlangan Suami, Beks Pesaklt Covid-19 Ini Kongsi Pengalaman Tak Dapat Dilupakan

Terasa kem4tian begitu hampir! Itulah pergoIakan emosi yang dilalui oleh seorang daripada pesakit COVID-19 apabila disahkan positif dij4ngkiti virus itu.

Lebih memilukan, Aiza Syafinaz Shahak, 34, disahkan positif COVID-19 empat hari selepas kehilangan suaminya Inspektor Mohd Fairos Saberon, 36, yang meninggaI dunia akib4t dijngkiti viirus yang sama pada 26 Mac lepas.

Meskipun kini telah bebas sepenuhnya daripada virus berbah4ya itu, Aiza Syafinaz tidak dapat melupakan pengalaman sebagai salah seorang pes4kit COVID-19.

Menceritakan pengalaman berdepan dengan viirus itu, Aiza Syafinaz berkata dia bersama-sama arwh suami, bapa dan ahli keluarga yang lain melawat ke Bandung, Indonesia dari 9 hingga 12 Mac lepas.

“Ketika tahu saya juga dijngkiti viirus COVID-19 dan merupakan kontak utama arwh suami, hati jadi tidak keruan, j@ntung bagai gugur ke bumi. Terasa kem4tian semakin hampir. Semuanya seperti satu mimpi ngeri,” katanya kepada Bernama.

Aiza Syafinaz berkata pengalaman yang tidak akan dilupakan apabila menaiki ambulans dengan petugas hospitaI yang memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE) yang amat ditakuti pada masa itu.

Menurut Aiza Syafinaz, berada 10 hari dalam wad Hospital Kuala Lumpur sebelum dipindahkan ke pusat kuarantin di Pusat Belia Antarabangsa Cheras selama 28 hari, menjadi satu pengalaman yang menginsafkan.

Mengimbas kembali tanda-tanda awal j4ngkitan viirus COVID-19, Aiza Syafinaz berkata dia mengalami sakit tekak, hilang deria bau, hilang deria rasa dan rasa tidak sedap badan seperti nak demam.

“Melihat perjuangan pes4kit COVID-19 di dalam wad sangat menyentuh hati. Saya ingin nasihat orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP (prosedur operasi standard) Kementerian Kesihatan. Kerap mencuci tangan, bawa pensanitasi tangan ke mana-mana.

“Elakkan tempat sempit, ses4k dan ramai orang, pastikan jarak selamat, elak bersentuhan serta pastikan kebersihan diri dalam keadaan yang optimum,” katanya yang mendapat khidmat kaunseling daripada Polis Diraja Malaysia.

Menyentuh tentang persepsi negatif segelintir masyarakat terhadap pes4kit COVID-19, Aiza Syafinaz merayu agar tidak mengecam pes4kit COVID-19.

“Kepada masyarakat di luar sana, berhenti menyalahkan sesama sendiri. Kita perlu bersatu hati agar dapat mencegah penularan wab4k COVID-19 dan berjaya memutuskan rantaian ini,” katanya sambil memuji usaha petugas barisan hadapan dan semua terlibat yang mempunyai kebolehan tertinggi dalam pengurusan viirus yang mengancam ny4wa itu.

Selain Aiza Syafinaz dan arwh suaminya, bapanya Shahak Mohd Husin, 58, dan ibu angkat, Junidah Othman turut positif COVID-19.

Kini, bapa dan ibu angkatnya turut bebas virus itu, Aiza Syafinaz menzahirkan kesyukuran dan berterima kasih atas sokongan daripada rakan-rakan dan orang ramai yang tidak putus-putus mendoakannya.

Sementara itu, bagi menjalani normal baharu kehidupan, Aiza Syafinaz berkata walaupun masih bersedih kehilangan orang tersayang ketika sambutan Aidilfitri, beliau positif untuk berdikari tanpa suami di sisi.

“Ramadan dan Syawal kali ini sangat pilu. Tiada lagi gelak tawa insan tersayang. Sudah tiada hidangan menu kegemaran suami ikan kembung sambal.

“Namun saya teruskan melangkah dan ingin terus memberikan motivasi kepada rakan wanita di luar sana agar terus kuat dan teruskan kehidupan ini walau ujian datang melanda,” katanya sambil berharap ada sinar gembira di sebalik ujian getir yang ditempuhinya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber:BERNAMA via siakapkeli

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri