“Tok Ti pon Terkvcil” Guna kes@lahan Siti Nurhaliza Back Up Nabila Razali, Individu Ini Dikec4m Netizen

Oleh kerana pengalaman serta teknik vokalnya yang masih ampuh meskipun usia wanita itu yang kian meningkat, kebanyakan netizen berasa geram apabila ada seorang individu di Twitter yang mengungkit kesilapan vokal Tok Ti semasa berbincang mengenai masalah suara Nabila Razali.

Kisah bermula apabila penyanyi baru iaitu Nabila Razali telah ‘ditangkap’ melakukan kesilapan vokal semasa mempersembahkan lagu ‘Peluang Kedua’ dalam program lebaran di kaca televisyen.

‘Pitching’ Nabila Razali yang dikatakan lari itu telah menerima kecaman netizen kerana masing-masing kes4l dengan mutu persembahan yang diberikan walaupun sudah beberapa tahun aktif dalam dunia seni.

Sepertinya gadis ini tidak menunjukkan sebarang kemajuan sejak memulakan karier nyanyiannya.

Seorang individu pula tidak semena-mena telah mengungkit kesilapan penyanyi hebat iaitu Tok Ti bagi membuktikan bahawa semua penyanyi ada melakukan kesalahan semasa persembahan.

Katanya, netizen terlampau tegas dalam menegur penyanyi baru seperti Nabila namun hanya memandang sebelah mata apabila penyanyi hebat seperti Siti Nurhaliza mengalami masalah vokal.

Langkah lelaki ini untuk ‘back-up’ kualiti vokal Nabila nyata memakan diri apabila netizen terus menyer4ngnya kerana berani menggunakan kesalahan Tok Ti dan membandingkannya dengan penyanyi baru.

‘Panas’ betul perdebatan di antara warga Twitter kerana perbandingan vokal Dato’ Siti Nurhaliza dengan Nabila Razali.

Daripada pengamatan, rata-rata daripada netizen meminta penyanyi yang popular dengan lagu ‘Vroom Vroom’ itu supaya mengasah lagi bakat nyanyiannya. Ini kerana mutu vokalnya yang rendah sudah menjadi sebutan sejak daripada awal kemunculannya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Trending Giler

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri