Kerajaan Negeri Mahu Jadikan Pavithra Sebagai Ikon Wanita Dan Masakan

Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Perak bercadang untuk menjadikan YouTuber popular, S Pavithra sebagai Ikon Wanita dan Masakan Perak atas kemahiran memasak yang dimiliki sehingga berjaya mengembangkan minatnya.

Menerusi lap0ran Sinar Harian, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri tersebut Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata, wanita berusia 28 tahun itu layak dijadikan sebagai inspirasi kepada wanita di luar sana.

“Bagi pihak kerajaan negeri, kita berasa bangga ada anak Perak yang boleh mencetuskan idea daripada ‘zero’ kepada ‘something’ hanya menggunakan kepandaiannya memasak dan peralatan dimiliki di rumah sahaja.

“Di situ kita dapat lihat kecekalannya dan dengan sokongan suami serta keluarga, dia mampu mencetvskan sensasi hingga berada dekat di hati rakyat, individu seperti ini patut dijadikan contoh bahawa tidak kira kita berada di mana pun, jika ada minat, usaha dan kemahuan pasti boleh berjaya,” katanya.

Menurut Wan Norashikin, ibu kepada dua cahaya mata itu akan menjadi tetamu bagi sebuah program baru di bawah jabatan tersebut bagi memperkenalkan bakat-bakat wanita menerusi media sosial tidak lama lagi.

Tambah beliau, Pavithra yang bersetuju dan gembira dengan tawaran tersebut akan memasak gulai tempoyak yang menjadi saIah satu menu ikon di negeri Darul Ridzuan itu.

“Kita sedang mendapatkan tarikh dan lokasi bersesuaian bagi tujuan itu. Selain mengetengahkan beliau sebagai ikon wanita, kita juga dapat mempromosikan masakan Perak,” ujarnya.

Untuk makluman, Pavithra dan suaminya M Sugu menghasilkan video masakan sebelum dikongsi menerusi saluran YouTube mereka ‘Sugu Pavithra’ yang kini sudah mempunyai 635,000 pengikut.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan keputusan tersebut dan mengucapkan tahniah buat Sugu Pavithra. Semoga makin berjaya ya!

Sememangnya layak!

Saya dah cuba pakai resepi dia, sedap

Anda layak, ikon wanita

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber:OMM

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri