Perutusan Khas PM Petang Ini Paling Dinantikan Rakyat. Ini Yang Dijangka Bakal Diumumkan

Menjelang sama ada perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dilanjutkan atau berakhir pada Selasa ini, perutusan khas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pasti dinanti-nantikan rakyat.

Perutusan khas itu akan disiarkan secara langsung pada pukul 3 petang menerusi saluran stesen televisyen tempatan serta rangkaian media sosial.

Jika diimbas kembali, berikutan penularan pandemik COVlD-l9, Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas, disusuli PKPB bermula 4 Mei.

Bakal umum pelan pemulihan Ekonomi

Pelaksanaan PKP dan PKPB jelas membuahkan hasil dalam memerangi penularan pandemik COVlD-l9 berdasarkan statistik penurunan kes positif baharu dari sehari ke sehari.

Ia sekali gus membolehkan pembukaan beberapa sektor ekonomi lagi untuk dimanfaatkan segenap lapisan masyarakat di negara ini.

Jelas sekali, perutusan khas yang akan disampaikan Muhyiddin mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek, hari ini, amat dinanti-nantikan rakyat di negara ini khususnya pemain industri ekonomi.

Mengenai situasi jangkitan kes positif COVlD-l9 yang dilaporkan sehingga 12 tengah hari semalam, walaupun kembali melonjak ke tiga angka kepada 277 kes berbanding 93 kes pada hari sebelumnya, Malaysia dilihat semakin menghampiri situasi bebas COVlD-l9.

Pada sidang media harian perkembangan terkini COVlD-l9 semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan daripada 277 kes, hanya enam kes melibatkan warganegara Malaysia.

Ia melibatkan empat kes penularan tempatan dalam kalangan warganegara manakala dua lagi adalah kes import warganegara yang mendapat jangkitan daripada luar negara.

Bakal menyaksikan perubahan besar pengambilan pekerja asing

Sementara itu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut muncul dalam temubual untuk dokumentari mengenai PKP terbitan Bernama TV baru-baru ini.

Beliau memaklumkan Malaysia bakal menyaksikan perubahan besar dalam dasar pengambilan pekerja asing dan kawalan terhadap pendatang tanpa izin (PATI) pasca-pandemik COVlD-l9.

Katanya sudah tiba masanya dasar itu disemak semula susulan warga asing yang dilihat sebagai antara kumpulan penyumbang kepada peningkatan kes COVlD-l9 di negara ini serta beberapa negara lain termasuk Singapura.

” Ekonomi termasuk sektor pelancongan dilihat sangat terkesan dengan penularan COVlD-l9, menyaksikan banyak hotel dan kilang bakal ditutup serta pembuangan pekerja berlaku sekali gus menyebabkan jumlah pengangguran meningkat,” katanya.

Mengulas mengenai pemulihan ekonomi pasca-COVlD-l9 yang agak perlahan, beliau berkata dasar kerajaan pasti mengutamakan rakyat tempatan untuk bekerja dalam negara berbanding warga asing.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber:Lawak Siot

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri