‘Hampir Satu Juta Rakyat Dijangka Menganggvr Tahun Ini. Ini Nasihat PM Kepada Semua

Kadar pengangguran negara dijangka meningkat kepada 5.5 peratus atau lebih 860,000 penganggur untuk keseluruhan tahun 2020 mengikut perangkaan Jabatan Perangkaan Malaysia.

Berucap ketika membentangkan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek di Putrajayai, hari ini. Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, berkata ini susulan ekonomi Malaysia yang dijangka menguncup pada suku kedua tahun ini.

Katanya, penguncupan itu berikutan usaha negara membendung penularan pandemik Cov1id-19 yang masih dijalankan di peringkat global dan dalam negara.

“Saya ingin mengambil sikap berterus-terang dengan saudara dan saudari semua mengenai kedudukan ekonomi negara kita. Seperti negara-negara lain, Malaysia juga menghadapi cabaran yang agak getir.

Kadar pengangguran di Malaysia adalah di paras 3.9 peratus atau sekitar 610,000 orang pada bulan Mac 2020,” katanya.

“Untuk menangani situasi ini, kerajaan telah memperkenalkan pakej-pakej rangsangan ekonomi termasuklah PRIHATIN dan PRIHATIN PKS Tambahan yang kesemuanya berjumlah RM260 bilion,” katanya.

Beliau juga mengumumkan bahawa kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM9 bilion bagi menangani cabaran kadar pengangguran yang meningkat dan memastikan pengekalan pekerjaan rakyat dalam negara dalam tempoh pemulihan semula ekonomi negara.

Katanya, peruntukan berkenaan, yang akan disalur melalui beberapa insiatif, dijangkakan akan dapat memanfaatkan seramai tiga juta tenaga kerja dalam negara.

“Saya tahu ramai dalam kalangan masyarakat yang b1imbang akan risiko kehi1langan pekerjaan dan punca pendapatan berikutan banyak sektor dan aktiviti ekonomi terjejas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

“Saya faham ekonomi akan mengambil masa untuk pulih dan terdapat golongan masyarakat yang masih perlukan bantuan sepanjang pemulihan ekonomi,” katanya.

“Saya berdoa agar keadaan dapat dikawal sebaiknya…” – PM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai mengumumkan mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek sebentar tadi.

Seperti ucapan sebelum ini, beliau sudah semestinya menyelitkan unsur-unsur nasihat dan petikan surah al-Quran yang sering menjadi perhatian penonton dan pendengar.

Pada penghujung kata, beliau dan barisan jemaah menteri akan bekerja keras untuk memberi khidmat yang terbaik buat rakyat selain berdoa agar semua situasi dapat dikawal dengan sebaiknya.

“Sesuatu yang tidak pernah kita jangkakan akan berlaku, namun itulah kuasa dan perancangan Allah. Sepertimana firman Allah s.w.t. dalam surah Ali-Imran ayat 54…

Buat seluruh rakyat Malaysia, marilah bersama-sama saya dan barisan jemaah menteri saya untuk memastikan negara kita terus maju dan gemilang,” katanya.

PM: RM50 Akan Dikreditkan Ke Akaun E-Dompet Rakyat Malaysia

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan, sebanyak RM50 akan dikreditkan ke akaun e-dompet rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan di bawah RM100,000 setahun.

Pas perjalanan tanpa had, hanya RM30 sebulan bagi pengangkutan awam

Menerusi Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang diumumkan sebentar tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) untuk menjana ekonomi negara.

Selain internet percuma 1GB hingga hujung tahun, kerajaan turut akan memperkenalkan MY30 iaitu pas perjalanan bulanan tanpa had bagi meringankan beban kos pengangkutan rakyat bermula 15 Jun hingga hujung 2020.

“Pengguna hanya perlu membayar RM30 sahaja sebulan iaitu RM1 sehari untuk menikmati pas perjalanan tanpa had bagi pengangkutan awam di bawah seliaan PRASARANA di Lembah Klang,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber:Rentas Asia

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri