“Jangan Terlalu Gembira Kerana Kura-Kura Itu Adalah Kita, “ Zulkifli Ismail

Hampir bebas selepas hampir empat bulan terkurung akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aktor Zulkifli Ismail menasihati agar rakyat Malaysia tidak terlalu teruja akan pelepasan yang diberikan pihak kerajaan.

Jelasnya, kita diibaratkan sebagai kura-kura tanpa cengkerang yang mudah terdedah dengan risiko sementelah negara masih lagi mencatatkan 31 jumlah pesakit hari ini.

“Virus Covid-19 masih ada. Jangan terlalu gembira kerana kura-kura itu adalah kita.,” kongsinya.

 

View this post on Instagram

 

Virus Covid-19 masih ada. Jangan terlalu gembira kerana kura-kura itu adalah kita. #pkp #pkpp #kitajagakita #covid_19 #patuhisop

A post shared by Zulkifli Ismail (@aktorzulkifli) on

Hampir enam bulan sejak kes pertama dicatatkan, Malaysia mencatatkan perkembangan positif apabila kes jangkitan Covid-19 menunjukkan penurunan.

Dan kini, Malaysia melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020 selepas menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Instagram Zulkifli Ismail

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri