“Suami T0long Urut Setiap Hari…” Sarat Menunggu Tarikh Bersal!n, Fasha Sandha Alaml Saklt-Saklt Badan

Pelakon popular, Fasha Sandha kini sedang menanti kehadiran cahaya mata bersama suaminya Aidil Aziz yang bakal dilahirkan pada sekitar akhir Julai ini.

Fasha ada berkongsi mengenai beberapa masalah kesakitan anggota badan yang dialami ekoran berbadan dua.

Menurut Fasha, dia mengalami bengkak di bahagian kaki dan masalah kesakitan saraf atau ‘Carpal Tunnel’ pada bahagian tangan.

“Kaki kiri saya bengkak teruk, tangan pula dua-dua belah kena Carpal Tunnel, doktor kata tak payah risau semua ni akan berakhir lepas bersalin,” tulis Fasha di Instagram.

Fasha juga mengucapkan terima kasih kepada Aidil kerana selalu mengurutnya setiap hari untuk melegakan kesakitan yang dialami.

“Suami tolong urut setiap hari, Alhamdulillah, terima kasih suamiku, saya tak boleh hidup tanpa awak dan anak-anak,” tulisnya lagi.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Fasha berkongsi tips penjagaan kesihatan ketika hamil, pada masa yang sama, ramai juga yang mendoakan agar urusan untuk bersalin tidak lama lagi dipermudahkan.


Terdahulu, Fasha mendirikan rumah tangga bersama pelakon Aidil Aziz pada 30 Mac 2019.

Ia merupakan perkahwinan pertama buat Aidil dan kedua untuk pelakon jelita itu.

Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli (Jejai), pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016.

Hasil perkahwinan, Fasha dan Jejai dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri