“Rupa-rupanya Saya Ni 0rang Isl4m Yg Kena Pakai Hijab” Fathia Latiff Kembali Bertudung, Sedar Tanggungjawab Wanlta Muslim

PELAKON sensasi Fathia Latiff berkata keputusannya untuk kembali mengenakan hijab dibuat selepas menilai kembali tanggungjawabnya sebagai wanita Islam.

Cerita Fathia, pergaulannya dengan rakan-rakan yang berbeza agama membuatkan dia lebih mengenali diri dan asal usul.

“Saya banyak bergaul dengan orang bukan Islam dan ketika itu terdetik siapa diri ini… ketika solat, saya rasa macam tenang. Baru sedar rupa-rupanya saya ni orang Melayu, Islam yang kena pakai hijab.

“Saya macam tahu asal-usul. Saya tengok orang lain tak pakai, rasa macam cemburu juga. Tapi saya orang Islam, kena pakai tudung dan tak boleh ikut orang lain. So, saya mula pakai masa bulan Ramadan.

 

View this post on Instagram

 

Berhijab, buka, dan berhijab balik? @fatiyalatiff #sentiasahijrah

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Fathia berkongsi perkara itu ketika sesi temu bual bersama Caprice.

“Masa Saya tak pakai tudung, rasa macam tak sedap hati. Sekarang Alhamdulillah… I feel relax and more like contented,” katanya.

Fathia berkongsi perkara itu menerusi temu bual bersama penyanyi rap Caprice di Instagram.

Menerusi temu bual sama, Fathia turut bercerita pengalaman kali pertama dia membuat keputusan untuk berhijab sekitar tahun 2016 ketika sedang berseronok di pusat karaoke.

Berkongsi pengalaman lalu itu, pelakon Ariana Rose ini berkata, dia melihat perkara menakutkan yang sukar untuk digambarkan seolah-olah satu teguran agar dia menutup aurat.

“Masa tak pakai tudung I rasa tak sedap hati.”

FATHIA LATIFF

PELAKON

“Sebenarnya rasa hidup macam tak bermakna. Tiba-tiba saya rasa nak berhijab, masa itu tengah karaoke.

“Tiba-tiba tengah menyanyi, tengah bergembira saya boleh nampak benda-benda yang tak best. Macam all this ghost stuff. Saya gementar dan takut gila dan saya ambil selimut, tutup kepala.

“Saya nampak atuk yang dah meninggal dunia dan ketika itu saya tanya atuk sihat ke? Atuk ok ke Fathia macam ini dan dia geleng kepala. So, I was like so paranoid over it,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fathia juga mendedahkan dia mengambil keputusan membuka tudung sekitar tahun 2019 disebabkan mempunyai masalah dengan bekas kekasihnya.

“Saya rasa marah dan memberontak kerana seorang lelaki yang kantoi mesej dengan wanita lain.

“Ketika itu saya fikir kenapa jadi baik tapi orang lain buat jahat pada saya” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri