“Bukan Pekerja Kami…” Malik Streams Digesa Buat Lap0ran P0lis Terhadap Rayhan Kabir

Hangat diperkatakan mengenai kenyataan seorang warga asing, M Rayhan Kabir dalam satu laporan Al-Jazeera yang didakwa memberikan maklumat yang salah berkaitan pengurusan warga asing ketika wabak COVID-19 di Malaysia.

Segala kenyataan dikeluarkan individu terbabit, yang konon mendakwa Malaysia memberi layanan buruk kepada warga asing telah memburukkan imej negara ini.

Penipu rupanya!

Berdasarkan maklumat diri yang tertera di Facebook, Rayhan Kabir yang mengaku dirinya bertugas di syarikat Malik Streams Production & Distribution sebagai Ketua Pemasaran, ternyata palsu.

Bukan pekerja kami

Berdasarkan satu kenyataan rasmi Malik Streams Production & Distribution, menafikan bahawa Rayhan Kabir merupakan kakitangan mereka.

Sebaliknya, lelaki terbabit hanyalah berkhidmat sebagai kontraktor tetapi sekarang sudah tidak lagi, dan tidak pernah memegang jawatan sebagai ketua pemasaran.

Kena tempias jugak

Pihak Malik Streams turut terkejut dengan dakwaan itu, mengakui turut terkena tempias apabila laman Facebook mereka didatangi pelbagai komen bertanyakan mengenai isu tersebut.

Difahamkan, Malik Streams tidak teragak-agak mahu mengambil tindakan undang-undang, kerana isu tersebut telah menjejaskan reputasi dan imej syarikat.

Buat laporan polis

Berdasarkan komen netizen, rata-ratanya meminta Malik Streams membuat laporan polis terhadap lelaki terbabit, jika kenyataan yang dikeluarkan adalah benar.

Selamba jer dia letak ketua pemasaran

Tunjuk laporan polis sebagai bukti

Tunggu tindakan Malik Streams

Berdasarkan carian di Facebook, individu yang bernama Rayhan Kabir itu telah menghilang diri, malah akaunnya juga dinyahaktifkan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Malik Streams Production & Distribution

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri