Syukur Tiada Kes Kem4tlan C0vid-19 Di Malaysia Sejak 23 Hari Berturut-Turut

Pada hari ini, tiada sidang media berkenaan perkembangan Covid-19 di Malaysia. Namun begitu, maklumat tersebut tetap masih disampaikan menerusi muat naik di media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Hanya 6 kes positif Covid-19 dilaporkan setakat hari ini dengan 5 kes sembuh daripada pendemik tersebut dan dibenarkan discaj daripada wad.

Lebih 3 minggu tiada pertambahan kematian

Untuk hari ini, tiada sebarang kematian direkodkan dan menjadikan hari ke-23 berturut-turut tiada kehilangan nyawa disebabkan wabak maut ini di dalam negara.

Ramal sifar kes pertengahan bulan ini

Dalam perkongsian di media sosial KKM semalam, pihak mereka meramalkan bahawa kes positif Covid-19 di Malaysia boleh menjangkau sifar kes berkemungkinan pada pertengahan bulan ini.

Hal tersebut dinyatakan susulan daripada kadar kesembuhan di negara ini antara yang terbaik di dunia dengan hampir 98%.

Oleh hal yang demikian, seperti biasa, pihak KKM sentiasa mengingatkan kepada seluruh rakyat Malaysia agar tidak leka dan kekal mematuhi SOP setiap masa agar rantaian pendemik ini dapat diputuskan sekali gus membebaskan negara dari Covid-19.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: KKM

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri