“Bakal Menantu Ke Tu” F0to Remaja Lelaki Di Majlis Hari Lahlr Anak Abby Abadi, Ramai Mula Menguslk

Baru-baru ini, keluarga besar pelakon, Abby Abadi telah pun mengadakan sebuah majlis bagi meraikan hari lahir anak gadisnya, Marissa Diana yang ke-15 tahun.

Majlis serba ringkas namun meriah itu turut dihadiri keluarga terdekat termasuklah bapa, Norman Hakim dan Memey Suhaiza.

Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah kehadiran seorang remaja lelaki yang dilihat ada bersama sepanjang majlis tersebut berlansung.

Malah, pelakon drama, Gerak Khas itu turut memuat naik beberapa foto remaja tersebut bersama Marissa di platform Instagram.

 

View this post on Instagram

 

Puding Caramel dari @njcdesserts 👍🏻 Sedapppppp! Manis2 manja.. Sekali cuba, pasti nk order kali kedua hehe . Siapa yg dalam gambar ni? Kenapa? Ada yg kenal ke? 😍 Kawan sekolah anak2 kitalah. Terima Kasih ye anak tolong ambil gambar dgn makanan yg bermacam2 tadi. Amat di hargai. Bagus budaknya.. disuruh apa2 tak menolak pun. Lepas ni minta baca doa utk Majlis tau 🥰😇 . Kek 🎂💃🏻 @normanhakim_786 @memeysuhaiza . Nasi Beriani Ayam Merah Johor 🤤 @huraizah_jaja . Laksa Utara / Meehun Sup Utara 😘 @laksaanakutara . Creampuff Montoks / Salju Putih / Whoopie Choc 🥰 @zazafida_brownies . Brownies / 🤩 @qooqunyah . Duren Krep Sedap giless / Kek Durian 🌳🤤 @mrs_ismyariena . Mochi Durian / Kek Durian / Pastri Durian @kuehqaisara_hq . Chicken Mango 😋 @aalikitchen_ . Dimsum 😉👍🏻 @mastura_mazzzzz . Bomboloni 😍 @dapur_km . Cookies Mermaid / 🧜🏻‍♀️😄 @my_tasty_bites . Chocolate Babka @Homemade_cinnamonrolls 😻 . Marble Cake / Cookies greentea/choc @perfecttaste.my . Brownies 😘 @rafani_bake . Puding Caramel / dessert 🍨😋 @njcdesserts . Fruity Puding, Puding Coffee/ChocoBar 😍 @Kunyah_bite . Airrrrr ! Airrrr! 😎💦 @ayaqworldhq . Brownies Tower/ Brownies dip & dip 👏🏼👏🏼👏🏼 @cherryontop.bynurul .

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on


Tindakan itu nyata menimbulkan tanda tanya dikalangan warga net yang ingin mengetahui siapakah gerangan remaja lelaki tersebut.

Dalam pada itu, rakan yang juga merupakan seorang pelakon, Salina Saibi turut dilihat sempat mengusik Abby mengenai perkara tersebut.

“Bf ke bff tu?,” usiknya.

Melihat komen tersebut, ini respon balas Abby sendiri;

“Kawan sama sedarjah la,” katanya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut sama mengusik selain turut mendoakan yang baik-baik sahaja buat Abby dan Marissa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Instagram Abby Abadi

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri