Bapa Buat Anak Terkejut Tanam Cili Tapi Bayam Yang Merimbun, Dalam Rumah Penuh Kerepek “Tak Perlu Risau, Memang Tak Guna R4cun”

SEORANG bapa kepada lima anak mencuba nasib menanam bayam Brazil, pegaga dan ulam raja selepas tanaman pokok cili yang diusahakannya tidak menjadi.

Md Yusoff Sulaiman, 58, mula mengusahakan tanaman tersebut di tanah terbiar di hadapan rumahnya dekat Klebang Restu, Chemor, Perak sejak Januari lalu.

Beberapa keping foto hasil tanaman Md Yusoff yang hijau merimbun dikongsi anak keempatnya, Shazriel menerusi satu bebenang di Twitter sehingga menjadi tular.

Berkongsi cerita kepadanya, pemuda berusia 21 tahun itu berkata pada awalnya bapanya melakukan aktiviti bercucuk tanam sekadar hobi.

Ibu Shazriel, Nurhasimah Abdul Khalid membantu suaminya menuai hasil bayam Brazil untuk dijadikan kerepek.

“Asalnya ayah tanam cili, lepas tu tak berapa menjadi sangat. Lagipun banyak keluar kos, jadi ada kerugian dekat situ. Akhirnya ayah tukar tanam bayam Brazil, pegaga dan ulam raja.

“Memang hobi ayah bercucuk tanam sebab ayah dah berhenti kerja sebagai pemandu lori. Masa PKP tu dia tak buat apa-apa jadi dia tebas tanah depan rumah kami.

Ayah pakai baja organik macam sisa-sisa kulit telur dan kulit pisang. Jadi tak perlu risau sebab memang tak guna racun.

SHAZRIEL YUSOFF

Anak

“Mula-mula sikit-sikit je sebab selalu tengok gambar mak share. Tapi bila balik rumah tu saya terkejut… wow banyaknya. Sejuk je mata memandang sebab tengok tanaman tu hijau merimbun,” katanya.

Namun kini, Shazriel berkata tanaman tersebut menjadi sumber pendapatan sampingan kepada keluarga mereka.

“Ayah sebelum ni kerja pemandu lori. Sejak berhenti dah tak ada pendapatan masuk jadi ayah bercucuk tanam untuk menyara keluarga.

Hasil tanaman tersebut turut dijual Md Yusoff di pasar berdekatan.

“Ayah selalu hantar ke pasar tapi tak dapat banyaklah. Sebab tu mak start buat kerepek bayam Brazil untuk dijual. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan.

“Walaupun baru start seminggu dua ini, ramai minta. Sampaikan mak tak menang tangan nak menggoreng. Nasib baiklah ada adik bongsu yang membantu,” katanya.

Uniknya, Shazriel berkata bapanya menggunakan baja organik untuk tanaman tersebut.

“Ayah pakai baja organik macam sisa-sisa kulit telur dan kulit pisang. Jadi tak perlu risau sebab memang tak guna racun.

“Semuanya bahan organik daripada hampas makanan,” katanya.

Mengenai perkongsian di Twitternya, penuntut Universiti Malaya itu berkata dia sekadar mahu membantu mempromosikan kerepek bayam Brazil air tangan ibunya.

Kerepek bayam Brazil air tangan ibu Shazriel.

“Saya niat nak bantu mak dan ayah sebab tengok penat lelah mereka selama ini. Saya nak tunjukkan waktu PKP kita bukan sekadar duduk rumah je.

“Ada je benda boleh buat. Kita berbudi kepada tanah orang cakap, akhirnya menampakkan hasil. Saya harap apa yang saya lakukan ini dapat membantu mempromosikan kerepek mak saya,” katanya.

Menurut Shazriel, sebalang kerepek bayam Brazil itu dijual pada harga RM22.

“Harga sebalang dalam RM22. Kalau area Ipoh saya boleh COD, luar Ipoh pula boleh post.

“Tapi kalau nak beli dekat Shopee pun ada. Kita ada jual dekat situ juga,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri