Kembali Sh0oting, Amar Baharin Duduk Dalam Khem4h

Demi mengekalkan penjarakan sosial, pelakon Amar Baharin mengambil inisiatif untuk membawa khemah kecil ke lokasi penggambaran.

Khemah itu digunakan untuk Amar berehat seorang diri sebelum babak lakonannya bermula.

“Kekalkan ‘social distancing’ anda atau kita mampu mengubahnya,” katanya.

Amar berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu, Amar memuat naik videonya yang berada di dalam khemah lutsinar itu.

Amar hanya membuka khemah kecilnya yang dizip rapi jika kru hendak bercakap dengannya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji sikap Amar yang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika penggambaran.

“Wah patuhi SOP.

“Tak panas ke duduk dalam tu?

“Curi khemah Anaqi ke tu?” komen antara pengikutnya.

Amar kini sedang menjalani penggambaran untuk produksi Global Station yang bakal ditayangkan stesen RTM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri