Selepas Empat Bulan Pemerglan Ashraf Sinclair, BCL Mengaku Sedlh Ketika Dikrltik Langg4r Idah “Mereka Lupa Saya Juga Manusia…”

SELEPAS empat bulan dikritik langgar idah apabila membuat persembahan pentas 10 hari selepas kematian suami, Allahyarham Ashraf Sinclair, penyanyi Bunga Cinta Lestari (BCL) tampil meluahkan perasaanya.

Bunga Citra Lestari atau BCL menerusi sebuah video berdurasi 11 minit itu berkata, dia membuat tindakan itu dengan hati yang berat dan dengan niat untuk menyelesaikan tanggungjawab.

“Ini bukan perjalanan yang biasa, bahkan membuat aku berasa asing dan tak tahu harus ke mana. Yang aku tahu, aku harus menyelesaikan tanggungjawabku,” ujarnya pada video yang dimuat naik di saluran YouTube.

BCL kongsi momen pertemuan pertama dia dengan arwah Ashraf.

Pelakon Ashraf meninggal dunia pada 18 Februari lalu akibat serangan jantung.

Dalam pada itu, BCL mengakui perasaannya tergores apabila menerima kata-kata kesat dan kecaman netizen terutama selepas ketiadaan suaminya di sisi.

Menerusi luahan itu, penyanyi lagu Kecewa ini berkata, dia juga manusia biasa yang melalui fasa kesedihan dan kesakitan selepas kehilangan orang tercinta.

“Segelintir orang mungkin tidak memahami, segala proses yang saya lalui, segala keputusan yang saya buat. Tak apa-apa, mereka tidak perlu faham.

“Hanya kadang-kala mereka lupa, saya juga manusia yang juga boleh sedih dan sakit ketika dinilai oleh banyak mata. Di saat itu, saya hanya ingat awak (Ashraf), betapa awak sentiasa percaya pada saya.

“Betapa awak percaya kalau saya boleh, kalau saya kuat,” katanya.

Foto kenangan BCL dan anaknya bersama arwah Ashraf.

BCL turut berkongsi betapa sukarnya untuk dia kembali bekerja selepas kehilangan Ashraf yang selama ini setia menyokong kerjaya seninya menerusi episod kedua video ‘Dear Love…’ yang dimuat naik di YouTube pada Isnin.

Pada Jun lalu, BCL memuat naik episod pertama video “Dear Love…” yang menterjemahkan rasa rindu terhadap arwah suaminya itu.

BCL dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri