“Anak Ada H4k…” Nak Bercer4i Ini Nasihat Nourul Depp

Penyanyi Nourul Depp menasihati golongan ibu bapa agar tidak menjadikan anak-anak mereka sebagai mangsa kepada masalah perceraian yang terjadi dalam sesebuah keluarga.

Menurut Nourul, 43, mereka yang berdepan dengan krisis rumah tangga sepatutnya bertindak secara rasional tanpa terbawa-bawa dengan emosi akibat marahkan pada pasangan.

“Saya pernah melalui proses perceraian. Kita sebagai ibu bapa yang dah tidak serasi dan terpaksa bercerai, jangan jadikan anak-anak sebagai mangsa.

“Bila marah, nak buat kasar tak boleh, kita jadi nak balas dendam. Itu yang sampai ugut ‘hang nak tinggal aku tak apa, anak aku punya, jangan mimpi nak tengok anak selepas ini’,” katanya menerusi satu entri di Instagram TV miliknya.


Jelas Nourul lagi, sekiranya berdepan situasi tersebut, salah seorang daripada pasangan perlu memainkan peranan untuk meleraikan keadaan tegang itu.

“Kita semua dah dewasa, bukan budak kecil. Kalaulah pasangan kita nak meninggalkan kita cara begitu, kita kena jadi bijak.

“Dia nak ugut-ugut biarlah, ya kan je.. kita okay kan sahaja (apa yang diugut)..dia tak kan buatlah. Masa tengah marah, memang macam-macam yang keluar.

“Terutamanya perempuan, kalau boleh tak nak beri anak sebab anak itu (lahir) daripada kita,” luahnya.

Begitupun, katanya, perlu diingat jangan sesekali menafikan hak anak-anak untuk bertemu dengan ibu bapa mereka selepas berpisah.

“Macam mana sekalipun, anak ada hak untuk jumpa bapa, anak ada hak jumpa mak, jangan jadikan mereka mangsa.

“Kasihan anak-anak, apa akan jadi dengan masa depan mereka,” nasihatnya.

Nourul sebelum ini pernah melalui episod perceraian bersama penyanyi dan komposer Ajai pada 2007 selepas mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 1996.

Hasil perkahwinan pertamanya, Nourul dikurniakan seorang anak perempuan, Ayu Nazirah, 21.

Pelantun lagu Kerana Terluka itu kemudian berkahwin dengan usahawan Perancis, Eric Daniel Depp pada Jun 2012.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Zachary Depp, 6, Raphael Depp, 4, dan Isabella Depp berusia setahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri