H0spital Di Malaysia Beri Layanan, Jaga Kami Dengan Baik Warga Aslng

Semua bagus. Doktor bagus. Makan bagus. Semua okey,” kata Wajid Ali, warga Pakistan yang menerima rawatan COVID-19.

Beliau hanya mengetahui dijangkiti virus itu pada Mac.

Pemeriksaan untuk memenuhi syarat syarikat penerbangan, menjadi mimpi buruk Wajid apabila 12 lagi anggota keluarganya turut didapati positif, termasuk isteri dan empat anaknya.

Mengimbau kembali detik itu, peniaga berusia 31 tahun itu berkata ambulans datang ke rumahnya di Masjid India dan kemudian mereka dibawa ke Hospital Kuala Lumpur, dan dirawat selama lebih tiga minggu.

“Kami dilayan sangat baik. Doktor dan jururawat sangat baik terhadap saya dan anak-anak saya,” katanya kepada Bernama, sambil menambah mereka juga diberi makanan dan menukar pakaian setiap hari sepanjang menerima rawatan.

Namun, ayahnya meninggal dunia awal April selepas dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU).

“Ketika ayah saya dirawat di ICU, doktor sentiasa memaklumkan mengenai perkembangan terkini mengenai keadaan ayah sehinggalah ayah saya meninggal dunia,” kata Wajid.

Fasih bertutur dalam bahasa Melayu, beliau berkata 12 lagi anggota keluarganya ditawarkan tempat kuarantin apabila semuanya didapati negatif selepas menerima rawatan terakhir mereka.

“Tetapi pada kami lebih mudah untuk keluarga besar seperti kami memilih tinggal di hotel dengan perbelanjaan sendiri bagi menjalani kuarantin selama dua minggu,” katanya.

Wajid yang menetap di sini selama 12 tahun, gembira kerana kerajaan Malaysia menyediakan rawatan percuma untuk COVID-19 walaupun kepada warga asing sepertinya.

Beliau berkata kos ujian saringan COVID-19 di hospital swasta mencecah RM580 setiap seorang.

Sementara itu, Mohd Humayun dari Bangladesh turut berkongsi maklum balas positif ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Mohd Humayun yang bekerja di Malaysia selama lima tahun disahkan positif COVID-19 ketika menjalani saringan untuk kluster Pasar Old Town PJ, tempat beliau bekerja.

“Mereka jaga kami dengan baik. Bagi makan, dua tiga hari kemudian datang periksa,” katanya.

Rakan senegara Kamal mengesahkan apa yang dikatakan Mohd Humayun.

“Sebelum dia balik, kami buat panggilan video. Saya tanya, mereka jaga macam mana? Dia cakap, mereka jaga dengan baik. Ubat tak banyak, rehat banyak, tak ada kacau,” katanya yang menggambarkan ia bagaikan satu percutian.

Beliau menambah “Bila ada saringan COVID-19, baru mereka tahu ada masalah.”

Sementara itu rakan mereka, Zahid yang tinggal berdekatan Pasar Lama PJ ketika Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dilaksanakan di Jalan Othman, berkata majoriti rakyat Malaysia melayan mereka dengan baik hanya segelintir bertindak sebaliknya.

“Ada yang salahkan orang asing yang duduk di sini jadi punca COVID-19. Tetapi di Malaysia…orang ramai, doktor, hospital semua tolong kami, jaga kami dengan baik, tolong kami untuk cepat sembuh,” katanya.

Zahid berkata pekerja asing yang terjejas akibat langkah pencegahan untuk membendung penularan virus, turut menerima sumbangan daripada rakyat Malaysia, rakan dan keluarga.

“Sikit sahaja orang yang layan kami teruk. Yang lain semua jaga kami dengan elok,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Bernama (Nur Ashikin Abdul Aziz & Nina Muslim)

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri