Terduduk Tepi Jalan, ‘Runner’ Grab 0KU Buntu M0tosikal Cari Makan H!lang Dicur!

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Perumpamaan tersebut sering kita ucapkan andai melihat orang lain menghadapi kesusahan.

Motosikal dicuri ketika bekerja

Oleh itu, menerusi satu perkongsian yang dibuat di laman Facebook Peon JB, seorang penghantar makanan syarikat perkhidmatan Grab telah ditimpa kesusahan apabila motosikal yang digunakannya dicuri individu tidak bertanggungjawab.

Dalam perkongsian tersebut pihak Peon_JB meminta bantuan kepada orang ramai agar sama-sama membantu memberikan maklumat  andai terlihat motosikal  runner tersebut.

Runner insan kelainan upaya (Pekak & bisu)

Menurut sumber lagi, runner itu juga dikatakan insan kelainan upaya (OKU) dan motosikal tersebut digunakan hari-hari untuk mencari rezeki kerana menjadi penghantar makanan.

Tergamak buat macam tu

Sehubungan dengan hal tersebut, rata-rata warganet telah menzahirkan rasa bengang dengan tindakan pencuri motosikal lelaki itu. Mereka juga berharap agar ada pihak yang sudi membantu dan perkara ini dilaporkan ke pihak berkuasa.

Sebahagian daripada mereka juga telah membuka tabung derma kilat supaya wang tersebut dapat digunakan dalam membantu membeli sebuah motosikal untuk kegunaannya andai motor yang hilang itu tidak ditemui semula.

OKU cari rezeki halal, yang sihat cari rezeki har4m

Buat tabung derma kilat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Peon_ JB

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri