Bapa Tercinta Menlngg4l Dunla, YouTuber Muda P0hon Sedekahkan Al-Fatihah

Terkenal dalam kalangan anak muda, nama YouTuber berasal dari Kelantan, Sofyank pastinya kerap menjadi inspirasi kepada mereka yang menggemarkan seni grafik.

Khabar duka buat keluarga

Namun sebentar tadi, Sofyank atau nama sebenarnya Mohamad Sofian bin Abdullah telah menitipkan satu berita sedih buat dirinya dan keluarga apabila bapa tersayang meninggal dunia.

Hal ini dimaklumkan menerusi  muat naik dilaman sosial miliknya sebentar tadi. Menurut Sofyank, bapanya, Abdullah bin Mohamed baru sahaja meninggal dunia dan jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan bersebelahan Masjid Al Amin, Wakaf Bharu, Kelantan.

Innalillahiwainailahirajiun…

Sehubungan dengan khabar duka itu, rata-rata warganet telah menzahirkan ucapan takziah kepada pemuda tersebut dan mendoakan agar roh allahyarham bapanya dicucuri rahmat serta diletakkan dalam kalangan orang yang beriman.

Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat

Salam takziah

Terdahulu, Sofyank merupakan anak muda berbakat dengan menghasilkan pelbagai video menarik menggunakan kesan khas editting sehingga menarik perhatian ramai orang.

Dia juga sempat bertemu dengan idolanya, Zacking dan juga artis antarabangsa, Will Smith sehingga mendapat penghargaan daripada banyak pihak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Sofyank96

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri