Dapat DM Des4k Padam Vide0 Nyanyian Lagu Sendiri, Remaja Sed!h Tapi Tak Melat4h… Say N0 “Aiskrim, Melukis Dapat Ubati Kesed!han”

SEORANG remaja perempuan terkejut menerima satu mesej secara langsung (DM) daripada individu yang tidak dikenali menerusi akaun Twitternya.

“Assalamuaikum sisnak minta benda ni… boleh tak padam semua gambar you sebab BF (teman lelaki) I like (tanda suka) dan RT (ulang kicau) gambar you.

“Dan padam video nyanyi you. Bukan sedap mana pun,” menurut mesej berkenaan yang dimuat naik di laman Twitternya sehingga menerima pelbagai reaksi.

Rata-rata memuji tindakan remaja itu yang tidak melatah, sebaliknya cuba memahami situasi yang dihadapi oleh pengguna Twitter berkenaan tanpa menggunakan kata-kata kesat.

Mesej yang mendesak Najla memadamkan video nyanyiannya di Twitter. Foto twitter nurnajlaalia

Remaja tersebut, Nur Najla Alia Nurulfajar berkata, dia tidak mengenali pengguna Twitter itu mahupun teman lelaki yang kononnya mengikuti setiap perkongsiannya di laman sosial.

Berusia 15 tahun, Najla memberitahu bahawa dia enggan berkeras atau melakukan sesuatu yang tidak wajar dengan desakan individu tersebut supaya segala gambar dan videonya dipadam.

“Jujurnya saya kecil hati dan sedih dapat mesej tu. Tapi saya kata no (tindak) sebab bagi saya kenapa perlu padam video menyanyi tu di laman sosial saya sendiri kan.

“Ramai persoalkan kenapa saya tak maki dia. Saya faham keadaan dia begitu mungkin sebab trauma apabila ada BF yang like gambar perempuan lain. Jadi tak perlu saya memburukkan lagi keadaan dengan membalas mesej yang bukan-bukan,” katanya.

Najla hanya menjadikan menyanyi sebagai hobi. Foto instagram nurnajlaalia

Lebih menyedihkan bagi Najla apabila video nyanyian yang dimaksudkan adalah lagu yang ditulisnya sendiri pada pertengahan tahun lalu, tetapi baru dikongsikan di laman sosial pada 30 Jun lalu.

“Saya dah lama tulis lagu ni, tapi hanya berkongsi kepada rakan-rakan. Tapi baru tahun ini saya ada keyakinan untuk berkongsi secara terbuka.

“Baru nak ada keyakinan, ada pula yang kecam kata nyanyian saya tak sedap. Sudah tentulah saya sedih, rasa down,” ujarnya yang berasal dari Alor Gajah, Melaka.

Baru nak ada keyakinan, ada pula yang kecam kata nyanyian saya tak sedap. Sudah tentulah saya sedih, rasa down

NUR NAJLA ALIA NURULFAJAR

Menurut pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Johor Bahru di Johor itu, kali pertama dia menyanyi di khalayak ramai adalah di sekolahnya ketika tahun enam, empat tahun lalu.

“Cikgu terdengar saya nyanyi depan kawan-kawan di kelas, jadi dia suruh saya buat persembahan sempena Hari Guru. Saya nyanyi lagu Like I’m Gonna Lose You oleh penyanyi Amerika Syarikat (AS), Meghan Trainor.

“Sejak itu, belum ada keberanian lagi untuk saya menyanyi di khalayak ramai. Sampai sekarang saya pun tak tahu macam mana saya boleh terima tawaran untuk nyanyi depan guru dan pelajar di sekolah,” katanya yang meminati penyanyi AS, Chloe Moriondo.

Antara karya lukisan Najla. Foto instagram karyanajla

Najla yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik berkata, kata-kata cacian terhadap video nyanyiannya itu langsung tidak mematahkan semangatnya untuk terus menyanyi.

“Menyanyi itu sekadar hobi, saya sebenarnya lebih suka melukis. Kebanyakan lukisan saya menggunakan kaedah cat akrilik.

“Sejak tadika ayah dedahkan saya dengan lukisan dan sekarang menjadi sebahagian daripada jiwa saya. Selain makan ais krim, melukis dapat mengubati kesedihan saya,” katanya.


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri