Muat Naik Aksl Lvc4h, Ustaz Ahmad Dusuki Kes4l Sajat Tak Habis-Habis Buat Hal “Wajib B0ikot M4khluk Tak Reti Malu”

TINDAKAN usahawan kosmetik Nur Sajat memuat naik video-video tidak sopan dan luc4h di laman sosial mengundang rasa kurang senang banyak pihak.

Pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki menggesa umat Islam supaya memboikot ahli perniagaan sensasi itu agar dia menghentikan aksi-aksi memalukan umat Islam.

“Umat Islam wajib memboikot makhluk yang tak reti malu terhadap Allah ini.

“Tiada ruang perasaan belas kepada pelaku maksiat kecuali taubat kepada Allah,” tulisnya.

Sajat sering memuat naik gambar dan video tidak sopan dan lucah di Instagram.

Menerusi perkongsian di Instagram pada Jumaat, pendakwah tersebut meluahkan rasa kesal terhadap Sajat yang tidak berhenti melakukan perkara berunsur maksi4t dan mengundang murka Allah kepada umat Islam di Malaysia.

Ustaz Ahmad Dusuki turut menasihati orang ramai supaya tidak mencontohi dan mengikuti sikap Sajat yang dilaknat Allah.

“Belum cukup lagikah pengajaran demi pengajaran yang ditunjukkan oleh Allah sehingga perlu kepada makhluk sebegini tidak berhenti mengundang murka Allah kepada kita semua.

“Tolong jangan diikuti dan dicontohi sikap yang dilaknat oleh Allah dan para malaikat kepada golongan sebegini,” katanya.

Tiada ruang perasaan belas kepada pelaku maksiat kecuali taubat kepada Allah.

USTAZ AHMAD DUSUKI

PENDAKWAH

Dalam pada itu, dia turut meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang sepatutnya ke atas Sajat dan golongan serupa dengannya.

“Maklumkan kepada semua keluarga dan masyarakat ini.

“Saya pohon pihak berkuasa mengambil tindakan yang sepatutnya kepada golongan ini,” ujarnya.

Sebelum ini, Pencetus Ummah (PU) Amin dan Syed turut meluahkan rasa kecewa terhadap perbuatan Sajat dan meminta orang ramai memboikot usahawan tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri