Naik ‘Pangkat’ Jadi Kakak, Ainul Mardhiah Dapat Adik Lelaki

Setahun yang lalu, adik Ainul Mardhiah telah selamat terbang ke London untuk membuang ketumbuhan di mulutnya. Berkat doa dari seluruh rakyat Malaysia, pembedahan tersebut berjaya dan Ainul selamat pulang ke Malaysia dan dilihat semakin sihat.

Hari demi hari, perkembangan kesihatan bayi kesayangan Malaysia ini dilihat semakin baik sehingga kembali normal seperti bayi lain. Dia juga sudah pun berusia 2 tahun dan semakin aktif tidak seperti ketika masih bayi.

Timang anak kedua

Sebentar tadi, bapa kepada Ainul Mardhiah telah memaklumkan bahawa baru sahaja menimang cahaya mata kedua dan ini menjadikan Ainul berubah gelaran menjadi kakak.

Nak naik pangkat rupanya

Isterinya, Nurul Erwani selamat melahirkan anak kedua mereka kira-kira jam 3.40 petang sebenat tadi. Ahmad Safiuddin juga menzahirkan rasa syukur kepada Allah S.W.T dengan kelahiran bayi lelaki mereka setelah beberapa tahun kelahiran Ainul.

Alhamdulillah…

Sehubungan dengan itu, muat naik yang dibuat oleh Ahmad Safiuddin, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengucapkan tahniah kepada keluarganya.

Mereka turut menyatakan bahawa Ainul sudah naik ‘pangkat’ kerana telah menjadi kakak dan terus mendoakan kesejahteraan mereka semua.

Tahniah keluarga Ainul

Dah jadi kak long lepas ni

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Ahmad Safiuddin

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri