Emelda Rosmila Tak Hir4ukan P0pulariti, Utamakan Bakat Seni “Tak Perlu K0ntroversi Mur4han Untuk Dikenali”

WALAUPUN enggan mengakui dirinya seorang aktres yang hebat, Emelda Rosmila sudah melalui pelbagai cabaran sepanjang hampir 20 tahun dalam industri seni.

Menurut Emelda, 40, dia sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik setiap kali menggalas tanggungjawab memainkan sesuatu watak dalam sesebuah karya di samping menimba ilmu baharu untuk perbaiki kelemahan.

“Mel bukan seorang pelakon yang hebat, tapi Mel akan cuba berikan yang terbaik tiap kali diberi tanggungjawab menggalas apa-apa watak.

“Setiap hari ada pelajaran baru yang membuka minda untuk perbaiki kelemahan,” tulisnya.

Emelda tidak hiraukan populariti sepanjang bergelar anak seni.

Menerusi perkongsian di Instagram pada Jumaat, Emelda berkata dia menggemari watak serta karya berat yang mencabar dirinya sebagai seorang aktres.

Pelakon filem Sembunyi: Amukan Azazil ini turut berkongsi pengalamannya sepanjang bergelar anak seni yang pernah melakukan pelbagai aksi di banyak lokasi penggambaran.

“Mel suka watak berat. Mel suka proses kreatif untuk mengenal satu-satu watak… suka dengan karya-karya yang hebat dan mencabar.

“Banyak dah Mel buat, masuk hutan keluar hutan, masuk laut terjun sungai, terbang, panjat gua daki bukit, meraung mengilai dan macam-macam lagi.

Ada orang hargai, ada juga tak nampak kesungguhan itu kerana dikaburi dek populariti.

EMELDA ROSMILA

PELAKON

“Untuk jadi pelakon hebat kita kena sanggup menempuh cabaran itu dengan bijaksana,” katanya.

Emelda berkata ada segelintir pihak yang tidak menghargai bakatnya kerana popularitinya yang tidak terlalu menyerlah berbanding selebriti lain.

Isteri kepada aktor Adlin Aman Ramlee ini mengakui tidak memerlukan populariti mahupun kontroversi murahan untuk meneruskan kariernya dalam industri seni, cukup sekadar menjaga tatatertib serta hubungan sesama rakan sekerja.

“Ada orang hargai, ada juga tak nampak kesungguhan itu kerana dikaburi dek populariti.

Emelda mula aktif berlakon sejak tahun 2000.

“Dari dulu Mel memang suka jadi diri sendiri. Tak tagihkan populariti, tak perlu kontroversi murahan untuk dikenali.

“Cukup hanya menjaga tertib diri, menghormati kerja dan hubungan sesama rakan kerja, belajar baiki kelemahan setiap masa,” ujarnya.

Malah, Emelda percaya bahawa tawaran berlakon yang datang disebabkan oleh kepercayaan terhadap bakatnya serta keselesaan pihak produksi untuk bekerjasama dengannya.

Emelda sempat mengucapkan terima kasih kepada peminatnya yang sentiasa menantikan karya baharu lakonannya.

Emelda berkata menjadi insan seni memerlukan disiplin yang tinggi.

Dia turut mengingatkan dirinya serta pengikutnya agar bersederhana dalam segala hal, jujur serta sentiasa merendah diri dalam melakukan pekerjaan.

“Mel yakin setiap tawaran yang datang adalah kerana kepercayaan kepada bakat dan keselesaan mereka bekerja dengan Mel.

“Tak semua menghargai bakat yang sedikit ada pada Mel, tapi ada pengikut dan peminat setia yang sentiasa menanti cerita terbaru dari Mel. Untuk itu, terima kasih korang, love you!

“Bersederhanalah dengan apa sahaja yang kita lakukan, jujur ikhlas dalam pekerjaan, baik dengan semua orang, jangan sombong dan membangga diri. Sentiasa merendah diri.

“Tiada apa yang kita punya, semua Allah SWT yang punya. Jadi, relaks saja,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri